Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Ahad, 29 Mei 2011

Tuhan, tolong jangan nangiskan aku..

Pertandingan perlumbaan kereta control akan bermula sebentar lagi. Dia merenung kereta buatannya. Hanya dibuat daripada kayu! Tidak semewah kereta kanak-kanak lain-dibuat dari besi/benda-benda yang mahal, mungkin harganya boleh mencapai ratusan ringgit. Ada yang tersenyum-senyum sinis melihat barang yang bakal dipertandingkannya. Hairan barangkali! Tidak sedar diri, barang yang tidak berkualiti dibawa masuk ke dalam pertandingan besar-besaran..

Semua kereta control berada di garisan pemula.

"Mak yakin Syid la yang akan menang," kata seorang ibu untuk memberi semangat kepada anaknya.

"Kereta control berjenama ni memang berkualiti..pasti lebih laju dari yang lain." kata seorang kanak-kanak yang lain pula.

Tiba-tiba mereka merenung 'dia'. Sekali lagi dengan pandangan hairan. Dia menadah tangan. Seolah berdoa.

Hahahaha. Permainan pun kena doa juga ke??? Begitu tutur salah seorang dari kalangan mereka.

1..2..3!Penjaga masa meniup wisel. Perlumbaan dimulakan.

****

Semua terpaku. Kereta control yang buruk itu telah memenangi acara itu. Apakah?

****

Dia naik ke pentas untuk menerima hadiah. Ketika hadiah bertukar tangan, pengadil yang dijemput untuk menganugerahkan hadiah itu sempat berkata.."Tadi, kami nampak adik berdoa. Adik doa apa? Mesti berdoa supaya menang hari ni kan..? Tahniah.."

Dia tersenyum dan menggeleng.

"Tidak. Saya berdoa..'Ya Tuhan, tolong jangan nangiskan aku seandainya aku kalah...'


****

Dengar-dengar hari ni result kitorang bakal keluar..mohon doanya ya..

Sabtu, 28 Mei 2011

Peminat setiaku yang sangat merimaskan!!!

Aku buat tu buat ni..dia pandang..apa?! dia ingat lirikan matanya tu menggoda sangat ke hah?cucuk dengan garfu kang..baru tau..jadilah cam Kasim Selamat..

Ini bukan mata sebenar..

Kalau aku buat baik sikit, dia riuhkan satu kampung dia tentang kebaikan aku tu..siap cabar kengkawan dia suruh tackle aku..dia eksyen bangga, kononnya dia sorang je yang boleh tundukkan aku..apalagi, geng-geng dia berpusu-pusu la datang ngorat aku dek kerana rasa tercabarnya mereka dengan cabarannya tu..haisyh, mana tak rimas!

Masa aku study, kononnya dia nak temankan aku. Yang aku geram tu, dia usik juga. Dia kipas-kipaskan aku macam putri raja, macamlah kat rumah aku tak ada kipas..aku, apalagi!ngantukla!
Lebih kurang cengginila mata aku kalau aku ngantuk..
Alasannya, kononnya dia nak legakan urat saraf aku..banyakla cantik urat saraf dia..isk3..

Camnala nak jauhkan diri dari dia ni...??? Aku ke sana dia ikut..aku ke sini dia ikut gak..dia ingat penemanannya tu dah membuktikan kesetiaannya kat aku ke ha? Eee...rimas sangat!!

Yang aku tambah panas tu bila dia upah bodyguard dia suruh jaga aku kalau dia outstation..kononnya supaya aku tak mudah lepas dari genggamannya..ai..please la..

Mungkin camni gaya bodyguard dia, pakai spekmata hitam..

Ada 1 masa, aku tengah pegang duit..terdetik nak bagi kat sorang peminta sedekah ni...dia macam tau-tau je aku nak bagi duit tu kat orang tu..jadi, dia pun kata gini, "kesian awak, belanja bulan ni kan tak cukup...kesian juga kat mak ayah awak, penat-penat cari duit untuk hantar duit tu kat awak, takkan senang-senang je awak bagi kat orang ni..!"

Nasib baik bespren aku yang sorang tu nasihat, dia ingatkan 1 ayat quran tentang ganjaran pahala bagi orang yang bersedekah..kat surah al-baqarah ayat 261...Allah berfirman yang mafhumnya:

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui."

Percaya atau tidak..malam tu tiba-tiba ada orang bagi kat aku RM300! subhanAllah. Padahal, berapa je la yang aku bagi kat orang tu..

Pernah sehari tu aku nak posa..dia kata gini, "Musim panas ni siang panjang, tak usah posa la..kesian awak..nanti pengsan, pastu demam, pastu nanti tak boleh study..exam nak dekat dah..jagalah kesihatan.."

Nasib baik bespren aku tu tolong ingatkan lagi tentang para sahabat yang pegi berperang masa bulan Ramadhan..menang pula tu..!Allahuakbar!

Dia ni memang merimaskan..tak ada kerja lain selain mengayat aku je..ha, kalau dah tak ada kerja tu, macam mana dia nak cari makan kan..?nak kata aib dia ni..dia menumpang makanan aku..kalau aku tak baca bismillah...

Aku jumpa satu foto dia..teringin sangat nak tunjuk kat korang supaya berwaspada ngan dia ni..
***
Korang..aku dapat 1 info baru tentang dia ni..dia ni sebenarnya bukanlah pikat aku sebab dia suka kat aku..tapi, dia saja nak balas dendam kat kita sebab jeles dengan kita la..mana aku tau? Allah la yang kasi tau..dalam surah al-Hijr ayat 39-40 yang mafhumnya :

"Ia (iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menghukumku sesat, aku pasti akan menjadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di muka bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di kalangan mereka."

Jadi, bagi orang-orang yang dah terpedaya..carilah jalan keluar dengan segera sebab di akhirat nanti dia sendiri pun tak kan tolong kita dah walaupun kita ikut telunjuk dia..dari mana lagi aku tau ni? Allah juga la yang kasi tau dalam surah Ibrahim ayat 22 :

Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan tetapi aku tidak menepatinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerumu lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dulu. Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih"

***
"Mereka mengajak ke neraka sedangkan Allah mengajakmu ke syurga dan ampunanNya dengan izinNya." surah al-Baqarah:221

Sabtu, 7 Mei 2011

Hari ni EXAM

Ni baru balik dari bershopping(ikan kiut: ha?ko kata hari ni exam..)

Hehe. Lps exm lah baru ktorg angkat kaki ke Awadalla. Tmpt shopping aku n kak Nur Fee td.

So, apa ceta exm hri ni?

Hmm..sbnrnya aku xsdia sgt..smlm kononnya nak b'jaga mlm, hfl matan. Ada 4 surah lg yg perlu dihabiskan. Last2, belum lg misai jam d rumah melentik ke pukul 12, muka dh landing ats meja bljr. Ps2, kol 1 pg t'sedar. Kaki b'gerak ke bilik ambik bantal. N tdo d ats lantai ruang tmpt bljr. Kononnya, supaya senang nak bangun pkul 2 nnt. Huh, masa exm ni la lantai yg keras 2 trasa sgt empuk. Dan aku..tdo dgn lena skali shgga kol 3. Pkul 3, bru klm-kabut ulang mtn yg dh dihafal. Nak hafal yg baru?Haisyh. Bak kata kak Nur Fee.."nnt yg dikejar xdapat, yg dikendong b'ciciran.."hoho. Pasrah.

Masuk dewan exam..(dewan?hmm..dewanla sgt..kami cni gna kelas je..)

Sempat lg panggil kak Wana..tanya kepala ayat matan surah yunus..

Ms tengah jwb qiraat b'tulis 2, tba2 ada ustz dtg msuk 'dewan' exm ktorg..

"Lepas ni korang stay kt cni ye..ada exam syafawi quran n qiraat.."

Dan mulalah 'dewan' ktorg riuh sekejap dgn bunyi2 yg menggambarkan ketakutan. Hah, sudah..dh la x bw quran..matila..matila..hari ni, mmg hari 'pasrah' sedunia rasanya..

****
Exm syafawi..

"Bc ان الصفا..." lega cket..
"Bc awal surah a'raf.." lega cket2..
"Bc awal mujadalah.." xlega sgt..
"Bc surah Balad.."argh, kantoi..kena jz 30!lagila org xingt. Malu..malu..

Mumtahin Qiraat 2 kata, "Dia ni mngulang yg juzu' awal2 je ni..btul x?"

Aku angguk n sengih. Mumtahin quran 2 soal lg surah Baqarah..fuh, lega semula:)

****
Sembang2 ngn Kak Nadia, dia dpt soalan apa. Mmm, mumtahin dia sporting. Rezeki masing2 kan..bak kata Mas Azam dlm KCB, "yang namanya rezeki itu..sudah t'tulis d lauh mahfuz!!"hehe..ingt sgt..

Mukaku masa tu, nampak kecewa cket kot. Sbb, soalan qiraat pn dpt soalan muqarar tahun 1. Mana nak ingat. :...(

Pastu kak nadia kasi tzkrah kat aku...

"Eh yan..ko ingat x, ceta kat DQ dl, psl yang xleh merungut lepas exm 2?"

Hmm, a ah ceta 2. Baru teringat. Ada sorang kakak 2, dia masuk bilik exm syafawi. Pas kuar, bila org tnya dia dpt jwb brpa soalan, dia senyum je. N, sorg lg kakak ni, bila dia kuar dr bilik 2, dia mengadu la..dia sedih xdpt jwb 1/2 soalan..n bla..bla..bla gtu. Tp, bila result kuar..kakak yg senyum je 2 dpt mrkh tinggi. Org agak dia dpt jwb smua. Rupa2nya..jumlah soalan yg dia xdpt jwb 2 sma mcm kakak yg mengadu sedih td. Pengajarannya ialah..bila kita dh lalui ssuatu 2, kita serah je bulat2 pd Allh. Mgkn ada 1 keajaiban yg Allah nk bg kt kita. Klw kita merungut2..xpuas hati..ha, mgkn kita dpt setakat yg kita dh usahakn 2 je la kot. N keajaiban yg Allh bg kt kakak yg senyum je td 2, mgkn dinilai dr tahap keikhlasan hatinya..thp keyakinannya pd pertolongan Allah..n sebagainya..wallahua'lam..

Ummu Hani pl ceta td..dia kata suami dia nasihat..kita jgn anggap, banyaknya yg kita bc 2 je yg akn menolong kita, tp Allah tengok jg dr amalan2 kita..hmm, hari exm hari ini, mmg sgt b'makna..alhmdllh..

Buat teman2ku..

"Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu"-KH.rahmat abdllh.

Selamat menghadapi imtihan seterusnya. Robbuna yusahhil..:)