Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Sabtu, 28 Mei 2011

Peminat setiaku yang sangat merimaskan!!!

Aku buat tu buat ni..dia pandang..apa?! dia ingat lirikan matanya tu menggoda sangat ke hah?cucuk dengan garfu kang..baru tau..jadilah cam Kasim Selamat..

Ini bukan mata sebenar..

Kalau aku buat baik sikit, dia riuhkan satu kampung dia tentang kebaikan aku tu..siap cabar kengkawan dia suruh tackle aku..dia eksyen bangga, kononnya dia sorang je yang boleh tundukkan aku..apalagi, geng-geng dia berpusu-pusu la datang ngorat aku dek kerana rasa tercabarnya mereka dengan cabarannya tu..haisyh, mana tak rimas!

Masa aku study, kononnya dia nak temankan aku. Yang aku geram tu, dia usik juga. Dia kipas-kipaskan aku macam putri raja, macamlah kat rumah aku tak ada kipas..aku, apalagi!ngantukla!
Lebih kurang cengginila mata aku kalau aku ngantuk..
Alasannya, kononnya dia nak legakan urat saraf aku..banyakla cantik urat saraf dia..isk3..

Camnala nak jauhkan diri dari dia ni...??? Aku ke sana dia ikut..aku ke sini dia ikut gak..dia ingat penemanannya tu dah membuktikan kesetiaannya kat aku ke ha? Eee...rimas sangat!!

Yang aku tambah panas tu bila dia upah bodyguard dia suruh jaga aku kalau dia outstation..kononnya supaya aku tak mudah lepas dari genggamannya..ai..please la..

Mungkin camni gaya bodyguard dia, pakai spekmata hitam..

Ada 1 masa, aku tengah pegang duit..terdetik nak bagi kat sorang peminta sedekah ni...dia macam tau-tau je aku nak bagi duit tu kat orang tu..jadi, dia pun kata gini, "kesian awak, belanja bulan ni kan tak cukup...kesian juga kat mak ayah awak, penat-penat cari duit untuk hantar duit tu kat awak, takkan senang-senang je awak bagi kat orang ni..!"

Nasib baik bespren aku yang sorang tu nasihat, dia ingatkan 1 ayat quran tentang ganjaran pahala bagi orang yang bersedekah..kat surah al-baqarah ayat 261...Allah berfirman yang mafhumnya:

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui."

Percaya atau tidak..malam tu tiba-tiba ada orang bagi kat aku RM300! subhanAllah. Padahal, berapa je la yang aku bagi kat orang tu..

Pernah sehari tu aku nak posa..dia kata gini, "Musim panas ni siang panjang, tak usah posa la..kesian awak..nanti pengsan, pastu demam, pastu nanti tak boleh study..exam nak dekat dah..jagalah kesihatan.."

Nasib baik bespren aku tu tolong ingatkan lagi tentang para sahabat yang pegi berperang masa bulan Ramadhan..menang pula tu..!Allahuakbar!

Dia ni memang merimaskan..tak ada kerja lain selain mengayat aku je..ha, kalau dah tak ada kerja tu, macam mana dia nak cari makan kan..?nak kata aib dia ni..dia menumpang makanan aku..kalau aku tak baca bismillah...

Aku jumpa satu foto dia..teringin sangat nak tunjuk kat korang supaya berwaspada ngan dia ni..
***
Korang..aku dapat 1 info baru tentang dia ni..dia ni sebenarnya bukanlah pikat aku sebab dia suka kat aku..tapi, dia saja nak balas dendam kat kita sebab jeles dengan kita la..mana aku tau? Allah la yang kasi tau..dalam surah al-Hijr ayat 39-40 yang mafhumnya :

"Ia (iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menghukumku sesat, aku pasti akan menjadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di muka bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di kalangan mereka."

Jadi, bagi orang-orang yang dah terpedaya..carilah jalan keluar dengan segera sebab di akhirat nanti dia sendiri pun tak kan tolong kita dah walaupun kita ikut telunjuk dia..dari mana lagi aku tau ni? Allah juga la yang kasi tau dalam surah Ibrahim ayat 22 :

Dan syaitan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan tetapi aku tidak menepatinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerumu lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dulu. Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih"

***
"Mereka mengajak ke neraka sedangkan Allah mengajakmu ke syurga dan ampunanNya dengan izinNya." surah al-Baqarah:221

1 ulasan:

  1. salam 'alayk.....

    post yang sangat menarik...igtkan sape laa tadi yang nak sangat mengorat akak sorang ni hikhik (:

    p/s:dah maju nampak....
    (husna)

    BalasPadam