Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Ahad, 5 Jun 2011

Buat apa cuti panjang ni?

Result dah keluar selasa lepas. Alhamdulillah..

"Nanti korang tahun tiga, start bulan 10 la kan?" seorang teman bidang lain bertanya.

Aku angguk sambil menyengih.

"Wa, bestnya..lama la cuti..boleh relax2..azean buat apa je cuti ni?"tanyanya berminat(macamla aku tau dia berminat..hehe)

Jalan-jalan di Cairo..dah..

Tengok tv/laptop...dah..
Tido sampai 10 jam..dah..

Mula-mula boring la juga.

Tapi, bila dah masuk bulan 6 ni..baru kehidupan nampak stabil rasanya. Teringat perancangan murajaah Al-Quran yang aku pernah tulis pada sekeping kertas (yang entah ke mana dah perginya..:( )

Jun 2011: Juzu 28-30
Julai : 25-27
Ogos :22-24
September : 19-21
Oktober : 16- 18
November : 13-15
Disember : 10- 12
Januari 2012 : 7-9
Febuari : 4-6
Mac : 1-3

Sehari hanya dengan 2 muka surat. Dalam masa sepuluh hari dapat sejuzu'. Dalam masa sebulan dapatlah 3 juzu'. Sepuluh bulan..khatam..Bolehkah? InsyaAllah kalau istiqomah..insyaAllah..insyaAllah..usaha..Allah mengiringi..

Aku renung pula 'blueboard' di depan mata semasa aku tengah duduk di atas kerusi study tadi (maknanya benda tu terlekat di dinding atas meja belajar aku la..hehehe) :

Board tu aku buat garisan kat tengah-tengah..(sebab besar sangat)..yang di kiri aku tulis :

1)Baca Kisah Talut Jalut : sebelum esok malam
2)Terjemah Tafsir Surah Al-Baqarah 11 muka surat : hantar 7/6
3)Exam kelas bahasa : 8/6
4)Tasmie': Selasa, Khamis dan Sabtu..
5)Jadual madah muhadhoroh Syeikh Hussin : Jam 9 pagi/hari.(kecuali Khamis : jam 7 pagi)

Yang di kanan pula :

1)Jadual harian

Tiba-tiba di sudut kanan bawah, tertulis "Bayar duit sewa! Buang sampah! Update group FB!"

Oh tidak-tidak. Tersibuk sampai terlupa nak bayar sewa rumah. Nasib baikla 'Mama' ni baik sikit (tak menagih duit sangat)..kena bersyukur tu...

Hmm, cuti kali ni..nampaknya tak la relax sangat..tapi, sekurang-kurangnya tak la boring sangat..dan sedikit-sedikit terasa bahang 'kemanisan'..

Semoga kesibukan-kesibukan ini menjadikan diri semakin mendekat kepada Dia..ameen