Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 26 November 2012

Mimpi semalam..

"Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembalikan."
-Surah Hud : 123

****

12 tahun yang lalu pernah bermimpi untuk menjejak bumi ini...
Mimpi budak-budak hingusan darjah 6..



Lalu..mimpi itu sekejap timbul..sekejap hilang..
Melewati 9 tahun berikutnya..
Dan mimpi itu mula 'terapung' sentiasa 3 tahun yang lalu..

Teringat lagi, saat merenung langit kelam..
duduk menangis di luar musolla DQ..meminta pada Dia, mohon dilembutkan hati orang-tua agar mengizinkan menjejak bumi ini..


Teringat lagi, rindu yang membuak-buak pada bumi ini sehinggakan tiada secuit pun timbul perasaan takut dengan exam tahun akhir  di DQ waktu itu..




Teringat lagi, di tingkap bilik kak Nadia di tingkat 3, tingkap yang menyaksikan pujukan aku pada mak agar izinkan aku ke sini.. lalu..bila mak kata "ya lah, mak izinkan"..buat julung kalinya dalam seumur hidup,air mata ini menitis gembira!



Ada apa dengan bumi Mesir ini? tanya hati.
Aku kurang pasti.. jawab hati juga.
yang aku tahu, cuma.....aku ada perasaan rindu padanya! entah kenapa!

Kehidupan di sini pun aku jalani.  Mencari punca rindu itu.

"Bumi ini hanya akan menjadikan kamu antara dua ; samada kamu menjadi Fira'un atau Musa" begitu kata kakak2 senior.

Mesir ini...
bukan sekadar menuntut ilmu. Lalu ilmu itu hanya sekadar berlegar di hati. Kemudian, menjadi simpanan harta karun..
bukan juga sekadar memperbanyak sanad. Tanpa menghayati ma'ani yang terkandung di dalamnya. Roh ma'ani  yang seharusnya ditiupkan ke 'tubuh'nya agar ia hidup memanusiakan manusia..

Mesir ini...
mengajar berbagai-bagai..

Jujur aku kata..
sepanjang 3 tahun di sini, ilmu yang di buku pelajaran itu belum cukup untuk mengindahkan perasaan di hati ini..
ilmu menghayati kehidupan orang-orang Mesir itu juga banyak mengajar aku..
di dunia luar ma'had ini lah aku belajar banyak ilmu 'akhlak'..

"Ustazah aku dulu kata, di Mesir ni lah kita akan nampak apa yang alQuran ceritakan" kata seorang teman. Entah bila.

Rugi..tidak menghayati kehidupan orang arab..
Rugi..tidak meneladani kehidupan yang baik dari orang arab..
Rugi..hidup di negara arab, tapi tidak hidup seperti cara orang arab hidup yang penuh bersederhana..
Rugi..tidak berRamadhan di negara arab..






Orang arab yang cepat pemarah, tapi cepat berbaik semula..
Orang arab yang peramah, jika bergurau seolah kita ahli keluarganya...
Orang arab yang ke mana saja tidak lekang tasbih dan mushaf di tangannya..
Orang arab yang tebal rasa hormat dan rendah dirinya bila ditegur orang lebih tua darinya..
Orang arab yang sangat sukakan anak-anak kecil dan tingkahnya seolah anak kecil itu adik kandungnya..
Orang arab yang sangat tinggi budaya tolong-menolongnya, hatta orang buta yang menaiki kenderaan awam atau yang hendak melintas jalan tidak merasa gelisah kerana yakin akan ada orang yang pasti membantunya..
Orang arab yang sentiasa akan masuk campur dalam pergaduhan dengan tujuan untuk meleraikannya..

Jalan-jalan..
yang aku lalui, juga, setentunya sudah dilalui para nabi..para sahabat..para tabien..

Sungai Nil..
yang mengiringi sepanjang perjalanan dari Mansurah ke Cairo, mungkin di bahagian itulah Nabi Musa dihanyutkan..

Peritnya meninggalkan jalan-jalan ini..
Begitulah juga perit meninggalkan Syeikh Toha, Ma'had, Ummu Ahmad..

Mansurah..kampung halaman..tempat yang memanusiakan aku..
Akhawat..yang banyak mengajar..bersama kala susah-senang..

:( :( :(


"kak, aku rindu ar kat family aku..rasa nak balik je tahun ni. tiap hari aku asyik nak nangis je.." luah aku suatu ketika berada di tahun satu dulu. Homesick. Masa tu tengah berjalan pulang dari tasmie' Quran. Lalu kilang apa entah tu. Jalan yang kecik tu selalu jam kerana disesakkan oleh lori-lori besar.

"yan, cuba ko bayangkan..sebenarnya lagi sedih bila tinggalkan Mesir ni berbanding sedih tinggalkan family tu. pasni tak datang-datang dah. Ni je la peluang yang kita ada untuk sampai ke sini" pujuk kak nadia dulu.

Betul-betul..huhu..

Lagi 5 hari!
Lagi 120 jam!
Lagi 7200 minit!

Angka itu tetap akan membawa aku ke harinya...
hari yang bukanlah termasuk dalam senarai mimpi-mimpi semalamku yang indah..

Hari yang...
entah..
mampukah aku menahan diri...

Yang pastinya..
mulai saat ini aku harus bermimpi yang baru..
untuk meneruskan kehidupan hari esok..













Sabtu, 29 September 2012

Bekal

"Kalau kite bawa le50 untuk musafir ke Alex..cukup x?" tanya kawan yang tengah berada di katil 'seberang'.

"Uih, xcukup kot..kalau Cairo cukup insyaAllah, sebab saya biasa le40 je ke Cairo, tu pun sebab naik tremco kalau nak pegi mana2 kat Cairo tu." 

"Tapi, kalau korang reti naik tremco juga di sekitar Alex tu, cukup kot..eh..nthlah.."(macam biasa, aku jawab dengan kurang pasti..-biasanya kalau aku yakin n penuh semangat bila cakap, cakap aku yang masa tu lah terang2an salah..huhu)

***Esoknya..

"Cukup x duit kite kalau bawa le80?" kawan yang semalam tanya sekali lagi. Masa tu tengah duk iron baju kat bilik kawan sebelah.

"Uih, cukup la tu. Akak ni..lagi la..dalam almari tu cuma ada le5 ke le7 je..xtau la nak korek mana dah ni" kata kawan bilik sebelah tu pula. Kitorang gelak.

"Ha-ah, ni pun kite korek duit dari tabung kite"jawab kawan yang semalam. ktorang gelak lagi.




"Meh saya pinjamkan akak le20. itu je la yang saya mampu kak.." gelak yang tadi bersambung lagi.

"Ha..nak pinjam dari 'orang kaya baru' (istilah utk orang yang baru dapat duit zakat) la"

"Akak, dia belum gi bank lagi tu..bank tutup hari tu. " xberenti2 ktorang gelak.

**Baru faham perasaan seorang bespren yang sorang ni (masa kat DQ dulu)..

"Kadang-kadang aku dengan mak aku gelak ja bila tiap2 hari kami makan nasi dengan ikan masin ja. Kadang-kadang xda lauk. " 

Dia gelak dan...sambil gelak, air mata dah mula bertakung dalam matanya. Tapi, dia masih dapat gelak juga. Aku ikut menakung air mata..sedih kot..! Cuma xpaham, macammana dia boleh ketawa..???

***
Kata Syeikh Hussin dulu..

"Rezeki ada dua jenis. Satu, yang selalu kita nampak. Yang berbentuk material, duit, rumah..dan kedua ialah rezeki 'ketenangan hati' yang Allah bagi pada siapa2 saja dari kalangan hambaNya yang Dia kehendaki. Walaupun hidup susah, dia xsusah hati"

:)

***
 Ya Allah...itu rupanya perasaan bespren aku dulu..
Bila merasa sendiri perasaan bespren tu, mesti rasa nak gelak..
Gelak campur tangisan..
Rasa jiwa yang xmampu untuk dikongsikan melainkan hanya dapat dikongsi bersama orang yang telah pernah merasa..

Dulu, pernah juga xcukup duit..tapi rasa susah hati makin bertambah-tambah..bingung..buntu..


Betul! Mengeluh..bukan itu caranya!
Allah kan ada :)
Minta pada Dia..
Meski kita belum dapat apa yang kita minta, tapi Dia beri apa yang kita PERLU..

:)

Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan ketenangan hati...
pada aku, pada sahabat2ku..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu. Tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azabKu sangat berat" Surah Ibrahim : 7



"Nak try tanya ka, ada x lagi keja kosong 'tukang bersihkan' masjid ni?"
hehe..teringat sembangan aku n the geng bila nampak iklan yang tertampal di pintu masuk ke ruang solat wanita di Mogamma' Iman..satu ketika dulu..

Bapa aku pernah kata sebelum datang Mesir dulu, kalau xcukup duit carilah keja cuci pinggan. Dapat duit seringgit dua tu pun cukup dah.. rasa nak gelak lagi.

Rasa nak bagitau bapa, "Pa, di sini tiada orang menawarkan kerja kosong 'mencuci pinggan'. Kerja itu hanya terbuka untuk sukarelawan." :)

Bermacam cerita kehidupan..
Ini 1 bekal dari Mesir sebagai kenangan.. :)
Bekal tarbiyah untuk masa hadapan..
Bekal sepanjang permusafiran menuju Tuhan..

Mesir, aku pasti bakal rindukan kamu!

:(







Sabtu, 25 Ogos 2012

Baju Raya Baru …


“Yan, tahun ni nak pakai baju raya mana?”
“Baju tahun lepas je..lawa lagi..”

Hehe..sempat lagi puji baju sendiri..pengubat lara..dua helai kain untuk buat baju raya –yang mak kirim dari Malaysia tahun lepas  tak berjahit-jahit lagi (lagi tepat x sempat nak jahit) – hanya tersadai atas meja Fariha Biha di pagi raya..

Tak sedih dah..Cuma kadang-kadang ada la perasaan sebak sebab tahun ni xberaya lagi dengan family terchenta..kalau layan lagi dengan merenung 2 helai kain tu, hmm,  tahun ni meriah dengan ‘air mata syawal’  la jadinya..



Tapi, dah ‘alah bisa, tegal biasa’ dah c Yan ni..kan..kan..sebab sejak masuk DQ xda la buat baju raya sangat..(lagi tepat memang xdak baju raya baru daa..)

Dulu masa sekolah menengah, sedih bila mak sempat buat baju raya untuk Ijad dan Dila je..tahun depan pon gitu juga..berlarutan lah gitu..(sebab mak perlu siapkan tempahan-tempahan orang..kesian mak) tapi, sekarang dah biasa dah..baju keluar rumah untuk pegi tasmie’ quran, untuk pegi kelas ma’had, untuk pegi suq(pasar), itulah baju raya aku!  Hepi sangat! Sebab masih nampak baru dan lawa..n setiap kali pakai rasa ‘izzah’ sebab mak aku yang jahitkan baju tu…hehehe..n selalu doa semoga nanti sebelum balik Malaysia aku dah pandai jahit baju kurung untuk mak atau baju melayu untuk bapa..(n xlah aku rosakkan mesin jahit mak lagi..kihkihkih)

Pegi Cairo hari tu jumpa kawan-kawan..sebak dengar tazkirah..

-Ramadhan hari tu kite ‘tersibuk’ nak buat persiapan raya
-Buat kueh raya, cari baju raya
-Sepatutnya, 10 Ramadhan terakhir tu kite kena istiqomah beribadah untuk rebut peluang yang datangnya hanya setahun sekali dan kita xtahu pon adakah tahun depan kita berkesempatan lagi untuk merasainya…
 -Hasilnya, akibat dari keletihan membuat persiapan raya, kite tak sempat pun untuk p solat raya
-Kite lalai dengan kesibukan-kesibukan dunia yang sebenarnya tak menguntungkan kita pun, tak menambah iman kite pun
-Jadi, pointnya ialah BERSEDERHANAlah..

Bertambah-tambah sebak aku mendengar kalam peringatan darinya..mungkin aku juga seperti dia? Diuji di akhir-akhir Ramadhan..tapi, sangat sebak bila teringat Allah datangkan teman-teman yang menjadi perantara untuk menyampaikan pesananNya :

“Nanti sambil buat kueh raya jangan lupa banyakkan zikir naa..”
“Kita x iktikaf kat masjid, tapi kita iktikaf kat rumah..jam sekian-sekian kita tahajud berjemaah ok..”

Meski tiada BAJU RAYA BARU tahun ini, begitu juga tahun-tahun sebelumnya..
Semoga kedatangan Syawal kali ini menempahkan ‘BAJU TAQWA BARU’  buat diri ini dan kita semua…





Salam Aidil Fitri..
Selamat Meraikan Kemenangan (kembali ke fitrah asal- merendahkan diri di hadapan yang Maha Esa)..


Selamat Hari Lahir Jiwa-Jiwa..

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan  hati yang redha dan diredhaiNya. Masuklah ke dalam golongan hambaKu. Masuklah syurgaKu” 89 :27-30

Sabtu, 4 Ogos 2012

Moga Ramadhan kita tak rugi...

Dari sebelum Ramadhan..sibuk ke sana ke mari..settlekan perpindahan rumah..berkejar ke kelas Markaz Nil..

Sejak selesai exam haritu, kaki tak sempat lagi menjejak 'rumah Allah' yang penuh kenangan musim exam hari tu..rindunya..

Cuma hari tu sempat la sembang dalam telefon dengan budak arab yang 'diisytiharkan' kawan aku sebagai adik angkat aku - Samihah -, siap ta'aruf dengan bapa dia lagi.. :)

"Samihah kata, kamu xdatang dah ke mogamma'..kenapa?" wah, gaya 'uncle' tu cakap macam bakal jadi bapa mertua aku ja..hikhik

"Saya selalu musafir ammu..insyaAllah kalau ada masa lagi saya ke sana.."

"Ok, kalau kamu nak datang ziarah rumah, bagitau awal2 ye..nanti kitorang buat Mahsyi.."

Terharu sangat dengan layanan bapa Samihah..teringat bapa lagi..(nak balik raya..huwaaa)..hoho..

Hati teringin kuat ja nak berlama-lama di situ macam masa exam hari tu..tapi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaek buat hamba2Nya..

Mungkin Allah xnak hambaNya yang sorang ni menjadi  'ahli ibadat yang bermain-main'..ahli ibadat yang menurut Muhammad Ahmad arRasyid, penulis Munthalaq "orang yang mengasingkan diri di masjid-masjid atau di rumah masing-masing , meratapi nasib Islam dan membiarkan generasi dan belia Islam dididik dan dibentuk oleh pendakyah-pendakyah atheisme, kufur, sekularisme, komunisme yang menjerumuskan mereka kepada kerosakan dan kehidupan yang bertuhankan hawa nafsu..."

Tak tahu nak bagi respon apa..sebab sebijik la kena kat batang hidung sendiri..

Ni nafsu rasa nak berehat ja ni..
Yan! Nafsu xpernah bernafsu nak merehatkan dirinya untuk melalaikan ko..
Kena sedar tu!
Mujahadah!

Tapi, dapat rasa la juga something di hati..meskipun sibuk ke sana ke mari, meskipun tak dapat duduk berlama dengan tenang menghayati naskhah2 Ilahi - semuanya dihabiskan dalam permusafiran - , meskipun tiap kali solat terawih tersengguk2, meskipun kaki terkadang terasa longlai untuk meneruskan langkah..meskipun..meskipun..meskipun..

Tapi, dapat juga rasa beribadah dalam bulan Ramadhan ni bilamana dianggap segala kesibukan tu adalah IBADAH..

Yang penting kena sentiasa perbaharui NIAT..pelbagaikan niat...perbesarkan niat..

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam" (Surah Al-An'am: 162)

Memperbesarkan niat dengan 'buat segala-segalanya untuk Allah'.

"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan dunia Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat." (surah AsSyura : 20)

Buat untuk akhirat...

"Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar gara-gara niat, dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh gara-gara niat" -Abdullah bin Mubarak

"Berniatlah dalam segala kebaikan yang engkau kehendaki, termasuklah tatkala engkau ingin menyapu.." - Zubaid alYamy

Jadi, nak jadi SISWA/I yang MUMTAZ dari University Ramadhan..perlu lah tahu kita nak MUMTAZ sebab apa..supaya semakin bersemangat untuk nak kejar MUMTAZ tuh..

Dan jangan sekali-kali lupa, bila kita kuat, bukan sebab kita yang kuat, tapi Allah yang bagi kita kuat.. :)

"Maka, bila kamu membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah " (Surah Ali Imran)

Dan aku percaya, semua ada target Ramadhan masing2 kan..nak khatam quran berapa kali, tadabur berapa juzu dalam sehari, habiskan berapa buah bacaan ilmiah...kita sama2 usaha ya! chaiyok!

Nabi bersabda:
"7 golongan yang mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya : Imam yang adil, pemuda yang beribadah kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana Allah bertemu dan berpisah keranaNya, lelaki yang diminta seorang wanita yang memiliki kecantikan maka dia berkata : 'Aku takutkan Allah', lelaki yang bersedekah yang menyembunyikan sedekahnya sehinggakan tangan kirinya tak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu mengalir air matanya"

Selamat istiqomah menyelesaikan target Ramadhan masing2..
Semoga kita sama2 mendapat naungan Allah di akhirat kelak..
Semoga Ramadhan kita tak rugi..

Yuk..jangan sekali-kali kita MISKIN AZAM..:)

Khamis, 12 Julai 2012

Kematian itu PASTI..



31 Mei 2012-Khamis

Dalam jam 11.20 pagi ke 11.30 pagi tu.. sekumpulan para Mama yang berjubah hitam semuanya masuk ke ruang solat. Sedikit terganggu sebab diorang solat belakang aku! Hoho.. (ya la..aku pon satu..dok depan sekali! Hehe)

Hairan juga..dalam hati kata : ‘hari ni hari Jumaat ka?diorang nak p solat Jumaat ka?’

Aku tanya Kak Feeza..: “Dak..hari ni hari Khamis la..”

Tiba-tiba ammu yang biasa jadi muazzin dan imam masjid tu buat pengumuman..ingat nak start khutbah ka..apa ka..kut la ada ceramah pagi ni..

“Bismillahirrahmanirrahim..Telah pergi……………………………”

Oo..ada orang meninggal dunia rupanya. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Dengar esak tangis mama yang solat belakang aku tu.. aku pun toleh belakang. Mak ai..bertambah ramai dan majority nangis..

‘Mesti baik jenazah ni..’ kata hati aku

Bila sedar lagi beberapa minit nak masuk solat Zohor, aku pun segera ambik wudhu’..

Masa ambik wudhu’..tiba-tiba hati rasa sebak…

?????????????????????????

“Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini..”


Betul-betul hati ni nyanyi lagu ni masa ambik wudhu’ tu..padahal tak teringat langsung dah lagu tu..

Allah..Allah..rasa sedih sangat..tiba-tiba rasa gementar semacam..entah macammana lah nanti pengakhiran aku.. pemergiannya ditangisi ramai orang..tentu orang baik..insyaAllah..

Masa solat jenazah tu pun, imam nangis..semua jemaah nangis sambil meng’ameen’kan doa imam..Tak pernah p solat jenazah untuk saudara seislam sendiri, yang rasa sedihnya macam rasa sedih untuk jenazah ni..(sebab dulu aku tak paham lagi kut..)
Hari tu, Allah bagi peluang tengok jenazah tu..untuk menginsafi diri..

12 Julai 2012-Khamis

Pagi tadi, dalam 11 lebih juga..aku terduduk dalam kekejutan yang amat dahsyat bila kak Feeza tunjuk status friend dia..juniornya yang baru meninggal dunia tu aku kenal, siswa batch kitorang dulu masa dok DQ..

Tiba-tiba Huda kol..bagitau tentang tu juga..ya Allah sebak sangat..pergi dalam usia yang muda..sebaya aku pula tu! Memang ajal tak mengira usia..Ya Allah..hati nyanyi lagi lagu tu..

“Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini..”


Status Kak Aini :
Sahabat dan kenalan kami suami isteri Khafiz bin Norok yang menuntut di Syubra,Mesir dalam bidang Qiraat telah meninggal dunia setelah berada dalam keadaan koma selama bebrapa hari akibat cedera di bahagian kepala setelah terjatuh dari tremco (van) kerana dirompak oleh arab Mesir. Semoga ALLAH menempatkannya di kalangan solihin...Albaqa' Lillah.


Al-Fatehah untuk arwah.. dia sudah pergi, kini tunggu giliran kita lagi..semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang soleh..Allah..kematian yg 'kedua' yang sampai di telinga, yang sampai juga ke hati.. :(

****

Masa dekat masjid tu..rasa memang nak melebatkan ja air mata..tapi, sebab malu..terpaksa aku tahan..sakit kot..sakit macam sakit ‘putus cinta’!.. ‘putus cinta’ dengan Allah la (akibat kelalaian dan kemaksiatan diri sendiri)

Tapi, kali ni, aku tak kira dah..aku nangis juga depan kak Feeza ni..hoho..

Nak share satu pidato Saidina Abu Bakar..bak kata Huda : “cukuplah kematian sbg satu peringatan & motivasi terbaik utk diri kita

“……Ketahuilah wahai hamba Allah, sesungguhnya pagi dan petang kamu bergerak menuju ajal yang tidak kamu ketahui. Oleh itu, jika kamu mampu menemui ajal dalam keadaan kamu sedang beramal, maka lakukanlah. Namun, kamu sama sekali tidak mampu melakukannya kecuali dengan bantuan Allah. Oleh itu, berlumbalah (melakukan kebaikan) ketika masih ada tempoh ajalmu. Lakukanlah sebelum ajal datang menemui kamu. Jika tidak Allah mengembalikan kamu kepada amalan kamu yang paling buruk. Maka sesungguhnya ada golongan yang hanya menjadikan ajal untuk kebaikan orang lain sedangkan dia alpa dengan dirinya sendiri. Oleh itu, saya melarang kamu daripada menjadi seperti mereka. Selamatlah dan selamatlah..sesungguhnya di belakang kamu ada ajal yang mengejarmu dan ia terlalu pantas bergerak menujumu”
“Jika kamu menjaga pesanan saya, tiada perkara ghaib yang lebih kamu cintai melainkan kematian itu sendiri..” Abu Bakar

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
 
Itu yang ku dambakan
 
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Selasa, 10 Julai 2012

Teringat kambing bapa…


Tadi, balik dari tasmie’ Quran di umah Ummu Ahmad, jumpa tiga ekor kambing biri-biri yang nampak macam tengah ‘hilang pedoman hidup’..diorang tengah cari arah untuk pulang kut..

 Tunjukkan saya jalan pulang!!!


Hairan..pe kes 3 beranak ni duk tengah alam buana..(tengah jalan raya)..nasib baik diorang ni bijak, duk statik ja tengah-tengah tu, sambil mengembek minta tolong dari mana-mana pasukan penyelamat yang sudi membantu..kalau diorang ‘bermain-main’ tengah jalanraya tu, tentu wassalam dah dilanggar tuk-tuk yang dipandu laju yang dibuatnya seolah-olah macam jalanraya yang kecik tu tempat lumba keta..


Tiba-tiba ada sorang ammu (pakcik), di seberang jalan bertentangan dengan aku, berdiri dengan ‘machonya’ sambil makan kuaci..panggil diorang..

“Ta’al hena(mari sini)” wah, gaya dia cakap macam dia tengah cakap dengan manusia..

Dan apa yang menakjubkan aku, kambing-kambing tu tahu ammu tu cakap dengan diorang..padahal boleh ja aku nak perasan yang ammu tu panggil aku..(kalau ikutkan, kambing2 tu mustahil nampak ammu tu sebab ammu tu duk 2-3 meter di belakang diorang..) diorang berpaling dan berlari-lari anak kambing ke arah ammu tu..masyaAllah..

“Korang gi sana..” ammu tu tunjuk ke timbunan pasir yang dah jauh beberapa meter aku tinggalkan di belakang..diorang paham!

MasyaAllah..masyaAllah..

Rasa macam nak peluk ja kambing-kambing tu..macam baby!  Hehe..


Kali ni, teringat lagi dengan kambing bapa dulu…masa aku form 3, bapa jual sebab nak biaya belanja ‘angkot’ adek lelaki aku gi study Brunei..

Kambing tu bapa beli setahun sebelum tu kut, ada dua ekor..jantan-betina..masa tu aku suka sangat sebab tu kambing ‘yang julung-julung kalinya’ yang kami miliki..aku suka macam ‘orang yang sayang sangat-sangat kat kucing dia’..harap-harap cepat beranak dan dapat ramai anak..hehe..

Kadang-kadang bila bapa cerita semula tentang kambing tu, macam nak nangis ja..tak tahulah kenapa..sebab ada satu simbol KASIH SAYANG kot..bapa beli dengan pengorbanan dan kasih sayang..sebab dia berharap satu hari nanti, kalau tiba-tiba anak dia nak guna duit yang banyak untuk sambung belajar, dia ada ‘benda’ untuk dijual untuk sekolahkan anak-anak dia..

Dulu, bapa selalu cerita, dia berharap sangat nak p UM..tapi, dia tak berpeluang..sebab tu dia berusaha sungguh-sungguh untuk sekolahkan anak dia..biar jadi anak yang berilmu…

Sampai sekarang pun, aku tahu, minat bapa terhadap ilmu, tak pernah pudar..bila balik umah ja, aku nampak bapa selalu buka kamus inggeris..vocab inggeris bapa aku lagi ‘gempak’ dari aku..sebab aku malas! Huhu.. sepatutnya aku kena mencontohi ‘semangat’ bapa!

Dan bila tengok kambing-kambing tadi, teringat juga pada Rasulullah yang kerja sebagai pengembala kambing..jumpa pengajarannya dari sebuah blog..http://wakseman.wordpress.com/2010/06/17/motivasi-hikmah-gembala-kambing/
 
Sebagaimana yang kita ketahui, antara sifat kambing adalah kambing berbau hapak, degil serta tidak mendengar arahan walaupun dipukul seteruk mana sekalipun. Pengajaran yang dapat diambil terutama kepada usahawan adalah:

1.   Membentuk sifat sabar (self-control), agresif dan berjiwa kental menempuh  cabaran yang datang.
2.   Membentuk sifat bekerja kuat dan berdisiplin.
3.   Pengurusan masa (time management) dalam kehidupan seharian.
4.   Usahawan perlu bijak membuat kira-kira (accounting) dan mengawal sumber yang ada.
5.   Memikirkan kebesaran ciptaan Allah SWT akan mampu membuka minda untuk berfikiran lebih jauh.

p/s: Sumber infomasi diperoleh dari buku Jejak Bisnes Rasul terbitan PTS.


Kambing..hapak..ya, itu pasti. Hehe..(yang aku rasa nak p peluk juga tadi tu kenapa?hehe)..dan degil?

oo..

Tapi, bila nampak kambing yang ikut arahan ammu tadi tu..aku terfikir, ya, tidaklah sedegil mana..tentu tuan dia berusaha tanpa jemu mendidik supaya dia ‘bisa jadi anak yang mendengar kata’..





Macam tu juga dengan manusia..

“Sesungguhnya, tiada manusia yang tidak ada kebaikan dalam dirinya. Betapa besar pun kejahatannya, masih terpendam di dalam jiwanya rasa rindu pada kebenaran dan kebaikan”-Abdul Wahab Azam

“Ramai manusia yang ‘baik-baik’ tersungkur di dalam keraguan dan kekeliruan di sana sini. Apabila mereka menyaksikan betapa besarnya kerosakan di negeri mereka, perubahan segala neraca dan ukuran, kekuasaan pihak yang jahat dan perosak, mereka menyangka perkara itu telah punah dan tidak dapat diperbaiki lagi. Kekufuran telah mendominasi setiap lapangan hinggakan ia tidak mungkin digugat dan dikalahkan. Mereka pun berputus asa. Mereka memilih sama ada diam membisu sahaja atau berhijrah ke negeri yang kurang kejahatannya dan ‘menganggur’ di sana”-Munthalaq

Wahai daie! Bertahan..bertahan dan terus bertahan untuk bersabar dalam dakwah..(Ayat untuk aku lah ni..dan untuk siapa2 rasa dia adalah ‘AKU’) Jadilah seperti Imam Ahmad bin Hanbal yang terus bertahan di negerinya untuk memimpin golongan muda. Jangan sesekali putus asa dengan kedegilan masyarakat yang sebenarnya masih punya hati untuk jadi ‘orang baik’..

Abu Hurairah telah berkata : “ Aku lebih suka berjaga malam di kubu pertahan daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi Hajar Aswad. Bumi yang lebih mulia untuk dipijak manusia ialah bumi yang menjadikannya lebih taat kepada Allah dan RasulNya…tidak ditentukan bumi mana yang lebih mulia untuk didiami oleh manusia, tetapi yang lebih mulia bagi setiap manusia tertakluk kepada sifat takwa, taat, khusyuk, tunduk dan hadir hatinya di hadapan Allah”- Ibnu Taimiyah

Abu Darda’ telah menulis kepada Salman : “Kembalilah ke negeri yang suci ini!”
Salman membalas : “Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan hambaNya kecuali amalnya”- Ibnu Taimiyah

Dan..DAKWAH ITULAH YANG MENYUCIKAN KITA!

Jom, kita sama-sama contohi Nabi yang seluruh waktunya diwakafkan untuk berjihad dengan hatinya, lidahnya dan tangannya.