Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 19 Mac 2012

Ayuh bergerak!

  "Marilah kita duduk sejenak memperbaiki iman"

Bosan 'merantau' di sekitar ruang tamu, aku melangkah ke rak terbesar. Mata jatuh ke tingkat bawah rak. 

Munthalaq (Langkah bermula). Wah, buku baru! 

Segera aku capai dan mencari halaman bertajuk 'Isi Kandungan'.

Kita menolak hawa nafsu
Hanya gerhana
Terbenamnya matahari
Golongan baik yang dibinasakan
Kewajipan dakwah di jalan Allah
Ahli ibadat yang bermain-main
Peranan para cendekiawan
Jihad dengan hujah
Usul fiqh amal jamaie menurut salafussoleh
Fiqh amal jamaie dalam bentuk baru
Keselarasan dan kesyumulan
Bendera kebaikan
Formula hanya difahami oleh pejuang tulen
Perjanjian
Kriteria generasi pengasas
Peluasan yang seimbang dan penyebaran yang tenang dan teratur
Penapisan memelihara gerakan dari kecundang
Penumpuan, bukan meramaikan

"Mak ai..tajuk.." suaraku yang bervolume 50, sah-sahla didengari teman sebelah bilik yang sedang ternganga luas pintu biliknya.

"Ko pesal yan?" tanyanya

"Buku ni seram..." serius wa cakap. Hampir 70%  tajuk (yang mudah dapat digambarkan dia nak cerita pasal apa) tu, menembak hati penuh semangat. 

Teman melihat sekilas buku yang aku pegang tu.

"O..Munthalaq.Yup, buku yang sangat bagus! Sesuai untuk orang baik yang tak bergerak lagi untuk dakwah" jawabnya yakin.

Tanda soal menggaru-garu akal. Sesuaikah untuk aku? Ah, penulis tu kan tujuannya menulis supaya orang boleh baca hasil tulisannya..Aku la 'orang baik' tu kot..perasan! Peduli apa kalau aku perasan, kan aku sendiri yang untung kalau baca..:)

***
Ibnu Taimiyah katanya :
         "....Proses menyeru kepada Allah tidak akan sempurna kecuali dengan mengajak manusia agar mengerjakan perkara yang dicintai Allah dan meninggalkan perkara yang dimurkai Allah ..."

Teman 1 : "Kalau ko ada bakat menari, dan dengan bakat yang ko ada tu, ko boleh menyempurnakan satu program islamik, untuk teater muzikal 'Natrah' misalnya, dan orang tertarik ke program HARWANIS disebabkan itu, ko dah dikira sebagai berdakwah bila ko mengajak (dengan 'mencanangkan' adanya tarian dalam program itu) mereka. Dan ko sendiri tahu hadaf  HARWANIS adalah untuk sedarkan semula pentingnya peranan wanita dalam membina ummah. Sedarlah! walaupun dengan secubit usaha 'untuk menyempurnakan sesuatu' itu Allah akan nilai semuanya!"

Teman 2 : "Dalam alQuran, satu suruhan untuk Nabi tu, kalau Allah tak sebut pengecualiannya, maknanya suruhan tu untuk umat juga. Solat tahajud Allah wajibkan hanya untuk Nabi dan memang Allah bagitau kewajipan itu. Tapi, Allah tak bagitau pun dakwah itu wajib untuk siapa dari kalangan umat Islam. Jadi, dakwah itu wajib(fardhu ain) bagi setiap orang Islam MENURUT KADAR KEMAMPUANNYA."

Kenapa fardhu ain?
Hukum dakwah jatuh fardhu kifayah bilamana kebaikan menguasai suasana. Tapi, sekarang masih banyak kerosakan, maka hukum dakwah ialah fardhu ain...
Ooooo..

Dakwah bukan milik siapa-siapa. Alim ulama sahaja? Tidak...Doktor boleh..engineer boleh...tukang sapu sampah boleh..sifirnya : SIAPA YANG TAHU TENTANG SESUATU = WAJIB MENYERU (DAKWAH)

***
"Sekurang-kurang keaiban pada seseorang ialah duduk diam di rumahnya"- Talhah bin Ubaidillah alQuraisyi

"Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana dia berada sebenarnya dia melakukan kemungkaran di zaman ini. Mereka hanya duduk berdiam diri tanpa memberi panduan kepada manusia, tidak mengajar mereka dan tidak membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar rakyat dalam sebuah kota masih jahil tentang syariat sekalipun syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung pedalaman..."- Imam AlGhazali

"Bagi orang yang berani dan kuat yang mampu menggerunkan musuh dengan serangannya, perlu berdiri di barisan hadapan dan berjihad menentang musuh Allah. Tindakan ini lebih utama dari mengerjakan haji, puasa (sunat), sedekah dan ibadah sunat yang lain"- Ibnu AlQayyim Rahimahullah

***

Nasib baiklah musim sejuk. Jadi taklah sesuka hati si peluh ni beranak pinak.
Baru baca dua-tiga tajuk..Seram..seram-seram panas...bukan seram-seram sejuk..seram-seram panas sebab rasa membara untuk praktikkan apa yang telah dibaca ini..

Tanamkan dalam hati...
Aku tidak ingin seperti penduduk Thaif yang menolak seruan Nabi kerana aku berasa sangat malu bilamana segolongan jin pula yang menerima seruan baginda...
Aku tidak ingin seperti Zuljausyan alDhababi yang menyesali kerana terlambat dan menangguh-nangguh untuk menyahut seruan Nabi kerana pahala dan kedudukan para sahabat yang mendahului lebih dan begitu tinggi di sisi Allah..
Kalau boleh aku ingin menjadi seperti Nabi Ismail bilamana Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah..baginda segera berkata :"Aku akan menolongmu!"

"Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai kepada tujuan dan cita-citanya sekiranya kita hanya memberikannya waktu lapang kita untuknya sedangkan kita tidak melupakan diri dan makan minum kita"



2 ulasan:

  1. salam kak :) tulisan yang bagus! moga mampu menghidupkan hati2 di luar sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen(doa utk org lain bermakna mendoakan utk diri kita jg :) )..smoga saling menyampaikan dan mula bekerja untuk Islam..
      "Mereka ingin memadamkan agama Allah dengan mulut (ucapan2) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang2 kafir benci."(Surah AsShaf : 8)

      Padam