Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Selasa, 13 Mac 2012

Sumber kekuatanku...

 "Marilah kita duduk sejenak memperbaiki iman"

Lama juga tetamu atau merangkap teman rapat kelas aku tu merenung kertas-kertas kecik yang aku tampal di dinding..

"Ko tengok apa?"tanya aku

"Mutabaah amal tu apa?"tanya dia pula.

"oh..mutabaah amal tu, amalan-amalan ibadah yang perlu aku buat setiap hari..macam tu.." aku tunjuk kertas kecik yang bertampal yang tertulis...

Baca quran : sejuzu'
Puasa : 2x/minggu
Istighfar : 100x
Solat jemaah : 5x
Solat rawatib : 4x
Ma'thurat : kubra n shugra
Riadhah : 1x/minggu
Ziarah : 1x/minggu
Sedekah : 1x/ minggu
Qiyam : setiap hari
Dhuha : setiap hari
Thaqafah : setiap sehari
Study : sejam sehari

"Ko rasa penting ke buat ni?"

Kepala mencari ayat yang sesuai untuk menjawab soalan KBKK yang macam tu..alahai, ko ni yan..suka sangat berfikir-fikir nak guna ayat yang bombastik kononnya..sorohah (terus-terang) je la! Tak payah ayat sastera-sastera.

"Yup! Sangat penting..kan Umar alKhattab kata :"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab(di akhirat nanti)."..kalau tak buat macam ni, kita tak nampak kita dah buat apa hari tu..entah-aentah melagha depan tv 2-3 jam, internet 4-5 jam..tapi quran entah ke mana..solat sunat entah-entah sekali je..benda-benda ni sangatlah penting.." aku jawab dengan yakin dengan hati berdebar. ish, aku ni tak sudah-sudah dengan perasaan 'ketakutan yang melampau-lampau' terhadap benda yang takkan terjadi lagi pun sebenarnya(fobia dengan soalan orang yang bertujuan untuk berdebat/menjatuhkan...yai!aku bukan peguam yang pandai berhujah!)

Berada dalam jalan tarbiyah ini, amalan ibadah inilah yang sangat diteliti..untuk menjadi seorang pendakwah, apa yang diserunya tentunya ke arah pengabadian kepada Allah...bagaimana mungkin orang yang menyeru orang lain untuk beribadah mengabaikan amal ibadahnya sendiri..kan Allah kata:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca kitab?"(Al-Baqarah : 44)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu tidak mengerjakan apa yang tidak kamu kerjakan" (As-Saff:2-3)

Kawan aku pernah bagi tazkirah juga..dia kata..amal ibadah tu lah yang akan mendatangkan hidayah..amal ibadah tu lah yang mendatangkan ketaqwaan..amal ibadah tu lah bukti keimanan..

hmm, betul-betul..

Sebab tu, bila ada iman, sempurna iman..sempurnalah juga akhlaknya, sebab..dia mengimani dari Kitabullah dan Sunnah bahawa seorang muslim tu perlulah berakhlak baik..jadi, bila iman kuat, ianya akan melahirkan tindakan baik yang kuat juga..

Akhlak sumber ketamadunan..Kalau kita tengok sejarah pun, kita akan nampak majunya/bangkitnya sebuah kerajaan islam dulu tu berdasarkan akhlaknya...khilafah islamiyah jatuh disebabkan runtuhnya akhlak..bila runtuh akhlak, lambang runtuhnya iman..segala macam syariat tak mampu dipertahankan..ewah, berpantun-pantun gitu..macam masa zaman Abbasiyah, alangkah terhinanya umat Islam ketika itu bilamana umat yang bertamadun dari segi ilmu mampu dikalahkan oleh umat yang tidak bertamadun..yang tak kenal langsung apa itu ilmu! Y?Q?Nakuro? (semuanya ini bermaksud 'kenapa'..hehe)

Amal ibadah sumber kekuatan! Itulah yang aku nak cakap sebenarnya. hehe.. panjang bebenau syarahan moo ni..dak..supaya nampak apa kaitan ibadah tu..

Macam adik Fasihah dalam rancangan adik-adikku pernah kata :

"Kita tewas kerana dalaman kita lemah!" 

Mereka kematian ROH JIHAD! kenapa? sebab tak jaga amal ibadah!

Semasa kejatuhan khilafah Uthmaniyah pun, Syakib Arsalan (bekas menteri khilafah) berkata (untuk bangkitkan semula khilafah tu) : "Tidak boleh tidak kita perlu bermula daripada bawah."

Bermula dari pembentukan individu muslim itu sendiri..hinggalah mencapai tujuan utama iaitu khalifah kepada bumi ini..

"Nanti bawa mutabaah amal ye.." pesan 'Mama'  aku yang dulu, masa mula berjinak-jinak dengan tarbiyah ini..

Tiba harinya, mulalah aku sibuk-sibuk nak ingat-ingat semula amal ibadah apa yang aku dah buat sepanjang minggu tu(ni gara-gara bertangguh catit la ni)..hari tu berpeluh juga la, rasa macam nak pengsan, baru nampak rupanya tilawah tak cukup..semua tak cukup..rasa nak tebus dengan kebaikan2 yang pernah buat..rasa, kalaulah ada siapa2 nak sedekah amalan dia kat aku kan ke bagus..rasa nak balik semula ke hari2 yang lepas untuk buat yang terbaik..hai, masa ni nampak sangat buat untuk 'Mama'..bukannya untuk Allah..ye lah..masih baru lagi kan..

Tiba2 terlintas..kalau di dunia pun dah macamni, macammanalah pula di akhirat nanti semasa Hisab..? 

"Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Betapa celakanya kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya" dan mereka mendapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun." (AlKahfi : 49)

Ini baru betoi..buat untuk Allah, bukan buat untuk siapa2 tau! 

Betulkan niat!

"Dalam banyak2 jawatan hamba di dunia, jadi hamba Allah kita jadi mulia..."

Amal ibadah sumber kekuatan!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan