Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 16 April 2012

Dilema

Petang tadi chat dengan makcik kesayangan :) tiba2 masuk topik tentang kes 'dilema wanita' seorang teman rapatnya..dia pun ikut dilema jugakla.. 

Alkisah, teman dia ni dipinang orang yang baik2 pula tu..tapi malang dia ni dah ber'bf'..aduh, masalah pula ada bab couple2 ni..seisi keluarga sangat2 merestui lah dengan orang yang meminang ni sebab dah kenal hati budi dan keluarga orang tersebut...sedangkan si dia nya tu, bila diminta hantar rombongan ke rumah, katanya tak lagi bersedia...auntie aku ni meluah...

"Dia ni sebenarnya banyak sangat tuah, tapi dia tolak mentah2 semua tuah yang datang...dia lagi pentingkan cinta (yang tak lah serius mana aku rasa) berbanding perasaan keluarga"


. 

Aku kelu...sedikit terkesan dengan kata-kata.. "Dia ni sebenarnya banyak sangat tuah, tapi dia tolak mentah2 semua tuah yang datang"...teringat zaman 'muda2' dulu....

Kisah 1 :

Masa form 1 dulu, aku diterima masuk ke SMAI yang sangat2 aku impikan sejak darjah 6 lagi. Duduk situ, pergaulan dengan lelaki tak terjaga dan aku sendiri tak menjaga. Konon masa tu, best la belajar situ, Padahal syaitan indah2kan kemaksiatan, sebab tu lah best!

Hampir2 aku tolak tawaran ke Tahfiz Brunei...sebab ikut hawa nafsu yang rasa gembira dengan maksiat tu...bermacam alasan hingga akhirnya aku dapat yakinkan keluarga..tapi, takdir Allah, akhirnya aku terbang juga ke Brunei dan belajar di sana selama 5 Tahun...

Kisah 2 :

Hampir2 juga aku tolak tawaran temuduga ke Darul Quran, gara2 terkecil hati dengan seorang teman waktu itu, padahal kalau fikir2 semula sangat kecik pun masalah tu sebenarnya..dan akhirnya aku dapat belajar di DQ selama 3 tahun....

Kisah 3 :

Hampir2 aku tolak tawaran untuk mengikuti jalan tarbiyah yang manis ini, hanya kerana termakan dengan hasutan dan fitnah. Tapi, dengan kasih sayang Allah, Dia mengizinkan aku untuk masih berada dalam jalan ini hingga kini..

***

"Peluang itu hanya datang sekali seumur hidup. kalau dia nak datang, kita tak tahu bila lagi dia akan datang semula, kamu mungkin umpama salah seorang di antara berjuta yang Allah pilih untuk merasai nikmatNya"

Bapa meminta saya pegang kata2 itu sewaktu kecil dulu...meskipun pada mulanya rasa sakit, namun di akhirnya sangat manis. Kalau dulu waktu sekolah rendah, bila teman minta mengisi buku biodata mereka, ruang KENANGAN MANIS aku isikan SELALU DAPAT NO 2 DALAM EXAM dan ruang KENANGAN PAHIT pula aku isi JATUH LONGKANG. Tapi kini kenangan di Tahfiz dan DQ adalah kenangan manis buat aku dan meninggalkannya adalah kenangan pahit pula buat aku.

Sangat benar firman Allah dalam surah Al Baqarah : Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu.

Bila di Mesir, lepak2 di rumah Sabah di Kaherah, seorang junior-yang pernah bersekolah di sekolah menengah yang aku suka sangat dulu tu- tengah bersembang2 dengan temannya.

"Sekolah tu banyak kenangan manis, tapi aku tak nak lagi ke sana."

Sangat berbeza dengan perasaan aku terhadap apa yang Allah bagi selama ni. Bagi aku, tempat yang Allah bagi untuk aku banyak kenangan manis, dan aku sangat ingin sekali lagi merasainya...

***

Cuba fikirkan..betapa banyak peluang yang Allah bentangkan depan mata kita, tapi kita tak cepat2 sambut kerana terlalu mempertuhankan hawa nafsu kita. Dan peluang yang maksudkan ialah 'HIDAYAH'...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan