Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Jumaat, 18 Mei 2012

Aku Merinduimu...


Pada 12 Mei yang lalu, aku call dua orang adek aku- Nana dan Wawa- yang tengah duk asrama kat SMUI Toh Puan KK nun(kantoi, bawa henpon p skolah!hihi)

 Adek yang aku rindukan sangat-sangat! Yela..geng kot! Hehe…

 Kami kan bespren :)

Lagi lama tak bersembang dengan Wawa, maka rindunya lebih sedikit kepada Wawa la..Nana jeles la tuh :)

“Yan, ko dah call mak?” Wawa tanya, style macam makcik2 aku pernah tanya kat aku dulu…seolah-olah nak kata cenggini kat aku “yang ko call ktorang ni, ko dah call mak ke belum?”
Hihi..suuzzhon je la aku ni..betul otak kartun lah..tak bole harap!

“Dah, minggu lepas. Siap berbalas sms lagi tuh” kataku macam berlagak (aih, pura-pura berlagak je la.. :) )

“Ko dah wish ‘Selamat Hari Ibu’ ke kat mak?”

“Ups!” aku tepuk dahi.

Serius aku lupa! Gara-gara exam yang semakin hampir boleh dihitung dengan menggunakan jari aku dan seorang lagi kawan aku ni, aku dah lupa dah tarikh-tarikh ‘keramat’ hatta birthday mak pun aku lambat nak wish! Huh..siapa punya kakak la ni..kakak adeks aku juga..

“Uik, aku ada beli hadiah untuk mak. Aku tempah kat kawan aku” baiknya adek aku

“Ko tempah apa Wa?”

“Aku nak bagi mak kerongsang. Tapi, ko jangan bagitau mak tau yang aku nak bagi dia hadiah ni. Aku nak buat surprise. Hihi..”Alahai..comelnya adek aku yang baru form 3 ni..

“Baiknya ko Wa..” aku puji..ikhlas tau :)

“Ya..memangla aku baik” haha..gelak besar aku dengan ke’perasan’annya tu..dia ni, memang intonasi suara macam serius, tapi selalu rasa macam nak tergelak..

“Ee..jahatnya aku dulu dengan mak kan..”dia buat suara sedih dia dah…tak sangka Wawa dah jadi budak baik dah..masyaAllah..

“Ko minta ampunlah dengan mak. Doa minta Allah ampunkan dosa mak ayah. Solat ko dah full ke sekarang?”

“Uik..dah la..aku kan dah ‘besar’!”

Alhamdulillah..dulu dia ni la adek yang degil tahap ketiga kalau tak silap (sebab ada dua orang adeks lepas dia yang baru dikesani menduduki carta satu dan dua..hehe..tak apa, tu jadi ‘logam’ diorang untuk Islam! InsyaAllah)

“Ha, nanti ko doa selalu setiap lepas solat tau..jangan lupa…”pesan aku

Sembang punya sembang, talian putus pulak dah. Nana hantar mesej, suruh call ke henpon kawannya. Aku pun call. Nana yang jawab.

“Mana Wawa tu tadi..”

“Aa..jap ea…aik, mana dah pegi budak ni..merajuk kot dia. Tadi, tiba2 mukanya macam nak nangis..tiba2 katanya selsema..hehe..apa yang ko sembang dengan dia tu ha..?”

“E eh, ade le…”

Adek aku menangis! Ya Allah lembutnya hatinya..mesti dia rasa banyak dah buat silap kat mak. Dapat pengajaran lagi dari adek-adek…

Hmm, aku sangat bersyukur aku jadi anak sulung-walaupun aku ni nampak macam tak boleh harap, sebab waktu diorang kecik2 dulu, semuanya pernah lah ‘luka’ zahir batin sebab aku..huhu- kadang2 aku dapat ibrah bila tengok adek2 ni…

Kadang2 bila diorang nak itu, nak ini, merengeklah kalau tak bagi…
Suka kacau orang…rosakkan barang orang…
Geram, rasa macam nak bawa bergusti je..
Nakal, suka sepahkan barang bila orang dah kemas leklok..
Nanti aku bebel manjang, mengalahkan mak..
Sampaikan bapa pernah kata dia risau kalau aku dapat kerja mengajar bebudak…(kak Feza pernah kata : nanti kelas kosong bila aku masuk mengajar..sebab semua bebudak lari ketakutan..haha..kuang hasam)

Mak marah adek2 juga..tapi, tak lah marah macam aku..marah mak tanda sayang, marah aku tanda geram..hihi
Bapa pula kata…dia hepi sangat kalau kami semua adek2 dah berkumpul...waktu kami yang dah besar panjang ni dok jauh2, yang kecik2 ni la penghibur hati kami…begitu kata bapa…

Hati rasa tersentap

Tengok mak tertidur penat sambil menyusukan adek…
Pakaikan kasut sekolah untuk adek setiap pagi macam puteri raja…
Adek yang sengaja tinggalkan botol air di rumah (alasannya dah bosan selalu minum air putih je)mak sanggup ke sekolah semula hantar botol air, takut adek kehausan..

Semua itu, gambaran diriku tika ku kecil dulu!

Tengok nakalnya adek2…Nampak betapa tabahnya mak!

Huwaaaaa..nak nangis…rindu kat mak..rindu kat bapa juga… sangat rindu pada my adeks..

Ya Allah, tolong balas segala kebaikan-kebaikan kedua ibu bapaku (yang selama ini sabar mendidik, bersusah payah untuk kami, menyekolahkan kami hingga kami dapat mengenaliMu) dengan taufiq dan hidayahMu, keredhaanMu, ampunanMu dan naungan kasih sayangMu dunia akhirat ya Rabb…

“Aku bagi kerongsang untuk mak” terngiang lagi kata2 Wawa

Aku pula nak bagi apa kat mak?

Aku nak bagi Mumtaz kat mak,bolehke ya Allah?

…………


Tiba-tiba termelayan lagu raya jap..’Dari jauh ku pohon maaf'…adeh, tak sabar nak balik…rindu sangat2…


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

2 ulasan:

  1. napa aku ikut sedih??sobsobsob..pngorbanan ibu mmg kita nda dpat balas..hnya mmpu berdoa n slalu gmbira kn dorang..huhhu..

    BalasPadam
  2. "Dan Kami perintahkan kpd manusia agar berbuat baik kpd org tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah juga. Masa mengandung sampai menyusukannya selama 30 bulan, sehingga apabila anak itu telah dewasa dan umurnya mencapai 40 tahun, dia berdoa "Ya tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kpdku dan kpd kdua org tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yg Engkau redhai dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kpd Engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim" Surah Al-Ahqaf:15

    ya yang..aku teringat mama n kau jua tu..tp Allah tak membebankan hambaNya melainkan menurut kesanggupannya..smg kita jadi anak yang pandai berbakti n jadi hamba yang pandai bersyukur ya..:) selamat ber'tabah'...

    BalasPadam