Aku rasa macam dah jadi
beluncas kepanasan dah…
Buat jadual tu tak
kena..jadual ni tak kena..setiap hari tukar..tak tetap pendirian..(hisy, bukan
tak tetap pendirian la..itu namanya kreatif, mempelbagaikan cara dan waktu
belajar! Hihi)
Exam besaq lagi tiga
minggu weh!
Tapi seolah-olahnya tuan
punya badan ni macam masih berada di zon yang selesa…
Pagi tidur, petang tidur,
malam pun tidur..
Cari makan macam orang tak
makan seminggu…
Main Sudoku, konon
release tension macam orang baru lepas belajar 12 jam macam Kak Nadia Afifah yang
cemerlang tu…
Huh!
Teringat kat sahabat yang
pernah kata : “Yan, aku tengok ko dah tak Nampak mujahadah macam dulu!”
Kini sahabat di hati pun
marah juga!
Wake Up Yan!
Lantas satu hari tu aku
bertekad ke masjid…’melarikan diri’ dari nafsu dunia…
Mula-mula macam takut
juga nak pegi sorang2..tapi, dengan kekuatan yang Allah bekalkan, Alhamdulillah
dari saat aku menjejak kaki ke rumah Allah dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 tak
putus-putus Allah kirimkan ‘peneman’..tak dari manusia..dapat teman sementara
dari cik burung yang berkicau dalam masjid pun jadi la..:) Terima Kasih Allah..
Teringat pada Maryam…
Yang kisahnya dilakar
dalam AlQuran…dalam surah Maryam…
Kesakitan yang ditanggung
ketika dalam penantian kelahiran Isa memaksanya bersandar di sebatang pohon
kurma..tiba-tiba Jibril berseru supaya goyangkan pohon kurma (yang aku kira
korang pun tentu kenal dan ma’ruf dengan pohon kurma yang tebal tu kan) untuk
jatuhkan kurma untuk dimakan..cuba bayangkan macammana seorang ibu yang sarat
mengandung nak tolak benda macam tu..padahal kalau ikutkan boleh je Jibril datang
ambikkan kurma tu dan hidangkan untuk Maryam macam masa dia dihidangkan makanan
secara tiba2 sewaktu sebelum dia diuji dengan Isa ini (ketika dia sedang
bermunajat)..kenapa?kenapa?kenapa?
Sebab Allah nak ajar kita
supaya usaha juga!
Malulah dengan Maryam…
“Apakah kamu mengira kamu
akan masuk syurga sedangkan belum sampai kepadamu ujian seumpama
orang-orang sebelum kamu?”(AlBaqarah)
kita belum diuji seperti
dia…dan bila diuji kita pula dengan mudahnya kita berputus asa…
dan kita belum lagi cukup
berusaha!
Aduhai manusia…malu lah
dengan Maryam…
***
Sembang dengan roommate lama..”rasanya
ada tak harapan untuk dapat Mumtaz kalau baru nak berusaha saat-saat akhir ni?”
“Tak terlambat selagi
masih sempat…”
Mata bersinar
berbintang-bintang…
"Untuk kemenangan seperti ini, hendaklah beramal orang-orang yang beramal"(asShoffat)
Aku poyo je bagi semangat
pada kak Nadia bila dia cerita ada satu geng tu dah hafaz matan Qiraat sampai
surah Shoffat .
”Akak, kita tak terlambat
lagi weh…ini strategi kita untuk kita yang jenis last minit ni..bla-bla-bla..”
Bukan kita tak ada sebab
kenapa kita lambat study berbanding orang lain..aku, kak Nadia dan teman
seperjuangan lain..hanya Allah je tahu masa kita dah terbahagi..dah tak sama
macam orang lain..orang lain mungkin siap boleh tidur rumah kawan-kawan untuk
studygroup..kita..kita tak dapat nak berkumpul pun sebab ada tuntutan lain…melainkan
setelah dah tak ada kelas ni baru kita boleh start untuk studygroup..Allah
tahu..Allah tahu..
Macam seorang kawan
pernah kata tentang seseorang ni :
“Dia rasa macam tak ada
masa dah, pagi2 kelas, petang tusyen, balik masak untuk suami..kemas rumah,
lipat baju..sempat study pun pagi2 sebelum ke kelas je.. tapi alhmadulillah
Allah isi masa-masanya dengan benda yang Allah pasti berkati”
Teringat lagi dengan Abu
Hurairah yang terlambat sedikit masuk Islam berbanding sahabat lain..jadi apa
strategi dia? Dia korbankan (luangkan) seluruh kehidupannya selepas Islam tu untuk
berdampingan dengan Nabi untuk mempelajari Islam..Allah..Allah..
Dan strategi kita..kita sekarang
kena sentiasa berdampingan dengan kitab-kitab kita untuk seluruh masa yang
masih ada..jangan kita mengalah, kerana kita kalah saat kita telah berputus asa…
Dan ingatlah..”Pengakhiran
itu yang menentukan nasib kita…”
Menukil juga kata nasihat
ketua kelas kitorang..”Jangan rasa lemah semangat bila dengar orang lain lagi
banyak dari kita..terus usaha..bukan banyak itu yang dapat bantu kita..tapi
kita dapat jawab nanti insyaAllah dengan rahmat Allah”
Allah..Allah..
Ya Allah tolong bantu
kami..Wahai Maha Penolong! Engkau saja yang dapat menolong kami..Siapa lagi
yang dapat menolong kalau bukan Engkau..kami tiada siapa-siapa melainkan Engkau
Ya Allah..Andai berkumpul satu golongan ingin membantu kami, kami tidak juga
dapat dibantu kalau bukan atas izinMu ya Rabb..dan andai berkumpul juga satu
golongan yang ingin memudaratkan kami, kami percaya kami tak kan dapat
dimudaratkan kalau bukan atas izinMu..Jadikan kami hamba yang pandai bersyukur..
“Allah Engkau dekat,
penuh kasih sayang, takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan