Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Ahad, 24 Jun 2012

Hari ini dengan dua perasaan...


Perasaan 1:
Rindu pada Ramadhan...


"Yan, ko jangan pandang belakang.." kawan aku bersuara tak berapa lama lepas aku selesai solat sunat b4 asar.

Gerakan badan ala-ala macam orang bertahlil tadi terhenti (ceh konon macam khusyuk la)

"Kenapa?"

"Adik angkat ko kalau tak silap"

Haha..cukuplah sengih lebar aku membuktikan aku nak gelak besar sebenarnya...(bukan Azean namanya kalau tak gelak besar..isk3..tergelak la..bukan menggelak..xtau nak ubah macammana..(masih dalam tempoh pengubahsuaian diri ke arah yang lebih baik..insyaAllah) 

"Hah, dia datang dah.."



"Assalamualaikum. pekabo? apsal lama dah ko tak datang?" oo, Isra'  2 rupanya..kawan Samihah..tak tahulah ni adik yang keberapa..kih3..

"wslm. Aku ada imtihan.."

"Oo..InsyaAllah, Allah najahkan korang" doanya sambil tadah tangan. Copy Paste gaya 'mama-mama'..

"Boleh ko bacakan aku Surah Yasin ni sampai ayat..hentahlah,takhingat dah haku hayat mana"  ayat tu dia dah hafal dah, cuma dia nak dengar aku baca sebab untuk mengulang semula hafalan dia tu. Memang pesen orang arab kut, kalau nak mengulang dia nak orang baca sama-sama dengan dia..sebab hari tu pun ada mama tu minta kita baca sekali dengan dia..kita baca sambil tengok Quran, dia baca ikut hafalan...

Teringat hari tu aku sembang dengan Isra' 2 dan Samihah..

"Ko dengar tak bunyi suara budak-budak kat bawah tu?" tanya Isra'..(gaya tanya macam orang matang..otomatik aku pun terjadi matang..adeh, budak-budak ni-ini bukan Nor Azean!)

Kalau suara budak-budak yang baca 'something' secara serentak tu lah yang dia maksudkan....weh, sure lah aku dengar... suara Ustaz diorang pun lagilah aku dengaq...

"Kenapa?"

"Diorang tengah belajar Hadis!"

Aku tiba-tiba teruja.

"Hadis?" di mulut aku cuma dapat sebut 'Hadis' je..tapi, nada suara seolah-olah nak kata 'Seriuske nih belajar hadis?' (tak fasih cakap arab maaaaa..)

"Betul!" dan dia jawab pun, seolah-olah dia paham aku nak sebut dialog tadi tu. hehe

" Hadis 40 Nawawi?" tanya aku excited.

" A ah"

"Ko tak nak ikut kitaorang tasmie' ke kat bawah?" dari semalam tak jemu ajak

"Eh, bolehke orang macam aku (=budak beso, umo tua2 cket dr diorang) pegi tasmie' sekali dengan korang?" tanya aku semalam.

"Boleh sangat!" dia senyum puas hati.

Aku renung Ulum Quran di tangan..banyak lagi yang tak hafal...

" InsyaAllah lepas exam nanti aku datang sini lagi tasmie' dengan korang ea..." pujuk aku. Nak mengakhiri perbualan sebenarnya.hehe...

"Oo..ko datang setiap hari ke?"

"Macam nak setiap hari..tapi, tak tahulah..kecuali hari Jumaat, aku tak datangla kut"

"Kenapa?"

"Aku rehat kat umah" aku sengih lagi

"nanti, ko Ramadhan kat sini kan?" tiba-tiba Samihah pula mencelah.

Ameen, mudah-mudahan aku dapat merasa Ramadhan di sini nanti...

"InsyaAllah.." makin pendek jawapan aku..hehe

Nasib baik budak-budak ni paham. Cepat-cepat diorang beredar untuk pegi kelas tasmie' diorang.

Rindu Ramadhan...Ramadhan yang dilakar/dikenang Hlovate...

Rindu juga Ramadhan lepas..

Talaqqi quran 30 juzu' dengan Syeikh Muhammad..main soal-soal tajwid dengan syeikh, syeikh yang sediakan cermin muka..syeikh yang suruh keluarkan lidah panjang2 bila sebut huruf... 

  ث, ذ, ظ


Tadarus dengan budak-budak sabah di BKAN Sabah.. belajar naik kenderaan awam d Cairo untuk g program..mujahadah keluar panas-panas musim Ramadhan..belajar 'untuk tak pitam'..belajar jalan jauh dalam rehlah masyi dengan akhawat..setiap malam Hanan bawa terawih di masjid2 yang berbeza di Sayeda Zainab..iktikaf d masjid 10 Ramadhan terakhir..sekejap d Sabi'..sekejap d Abbasiyah..meriahnya..

Satu saat seolah-olah terhenti sekejap.

Terdetik something bila baca artikel dari http://www.ismaeropah.com/masna-rijal-kilang-pemuda/

"Di setiap marhalah itu ada tujuan dan matlamatnya. Apa yang menjadikan matlamat itu suatu realiti adalah rijal di dalamnya. Likulli marhalatin rijaluha. Di setiap marhalah itu ada rijalnya. Rijal yang mampu berdiri teguh seperti mana Abu Dzar al Ghifari yang lantang melaungkan syahadahnya, bahkan sehebat Mus’ab bin Umair, pemuda yang meninggalkan segala bentuk kemewahan sehingga syahidnya tidak meninggalkan apa-apa bahkan kain yang mahu menutup tubuhnya juga singkat."

Yah, talking is nothing, doing is something...

Indahnya Ramadhan itu, hasil lakaran hamba itu sendiri...

Cakap banyak..planning gempak..tapi, bila tiba masanya tersungkur menyembah NAFSU..sia-sia je la semua tu..buatlah seadanya, baru ada makna...



Kita hanya merancang, Allah pelaksana rancangan. kalau Allah bagi PELUANG, jangan tangguh-tangguhkan...buat ikut tuntunan Allah..cukuplah PELUANG itu sebagai tanda Allah bagi pertolongan...


 
 

 ***


Perasaan 2:
Berdebar-debar dengan keputusan pilihanraya Mesir yang akan diumumkan kejap lagi..

"Semakin ramai memenuhi Tahrir menjelang pengumuman rasmi keputusan pilihanraya jam 3 ptg nanti. Dilaporkan selepas solat Zohor nanti, beberapa perarakan akan bergerak ke Tahrir dari beberapa buah masjid di Mohandiseen, Ramsis dan Syubra." status fb seorang ustaz
Dua perasaan yang berbeza, tapi dua-dua bawa natijah yang sama...

= Rasa nak nangis!

Allah..selamatkan Mesir..selamatkan umat Islam! 







 

2 ulasan:

  1. Assakamu'alaikum..

    2 perasaan yang sama jugak dirasai oleh ana..saat menghitung berapa hari lagi kita akan melangkah ke gerbang madrasah tarbiyah Ramadhan,dan sepatutnya memang kita kena bersedia dari awal lagi agar kita tak pancit di tengah2 kita merai kedatangan Ramadhan Barakah,macam2 ada..terlalu banyak nak cerita d sini,dan antara kita pun masing2 da maklum kaann..rasa tak sabar nak melangkah ke gerbang Ramadhan..macam2 nostalgia yang lepas terukir di bintang Ramadhan lepas..dan Ramadhan yang akan datang di tahun 1433H nnt,harap memberi lebih lebih lagi impak maksimum semaksima yang mungkin..pilihan di tangan kita..nak persembah yang terbaek buat Dia..

    ana juga mengikuti perkembangan perjalanan seorang tokoh IM yang sangat MasyaAllah susuk tubuhnya..Allahu Akbar..beliau telah pun ditabal sebagai President Mesir semalam..rasa nak menitis airmata nie..ramainya muslimin melaungkan 'Ya Robb' menangkan Dr.Morsi..beliaulah harapan sandaran umat manusia muslimin..perbentukkan peribadi yang mulia..mudah2an Allah mengurniakan zuriat kepada kita sepertinya..mendoakan untuk beliau agar diberi kekuatan oleh Dia menolong ke arah kebenaran..aameen Ya Robb..syukrulillah wa lillahil hamd..


    salam ziarah salam ukhuwwah dari Bintang Polaris..

    BalasPadam
  2. wslm...^^,)

    betul3x...
    'kuat'nya kita di ramadhan nanti berdasarkan 'didikan kekuatan' terhadap diri kita sendiri dlm bulan2 sebelumnya..belajar dr riadhah bersama akhawat, b4 nak main benda2 berat ke atau apa2 je..kena warming up dl..spy nanti bila bermain betul2 xada la terkehel tengkuk, tulang-temulang sana sini..dan segala bagai sendi-mendi..hehe..dan Ramadhan itu sendiri perlu kpd latihan yg berterusan spy 'xterkehel'(seerti dgn 'pancit' :) ) di saat2 kita sedang dlm menghadapinya..:)
    dan utk terus bertahan dlm bulan ini, kita perlu betul2 'hidup' dgnnya..menghayati keindahannya..mencari2 keistimewaannya...

    doakan saya ya!

    ameen ya Robb..sejak 'kelahiran' Dr Morsi, xputus2 kepribadian 'hebat' seorang yg mmg layak bergelar sbg pemimpin muncul dlm dirinya..masyaAllah...insyaAllah kita sama2 doakan pemimpin kita, kerana kita bersama dia, dan dia bersama kita..dan kita akan terus bersama2 selagimana kita sentiasa berpaut erat dgn Dia yg sentiasa memerhatikan kita...

    slm ukhuwwah jg Bintang Polaris! :)

    BalasPadam