Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 11 Jun 2012

Ini Cerita Exam aku…


"Soalan Dhobt tahun ni memang soalan 'killer' aa..."kata seorang teman bila selesai exam paper Dhobt jam 13.00 tadi.

Tajuk tu tak pernah keluar pada bahagian soalan yang subjektif yang memerlukan syarahan yang panjang lebar..biasa dia masuk soalan ketiga yang cuma perlukan kita tulis dia ikut yang dalam AlQuran..

hoho..pasrah..dan bersyukur...:)

Ala, tadi kan Allah mudahkan Exam Syafawi...takkan baru uji sikit dgn sedikit kepayahan kita lemah semangat semula..

Dalam Allah uji, Allah tolong juga kan..Allah bagi ilham juga kan..terima kasih ya Allah...Aku berlindung dari jadi orang yang macam ni,

"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberikan nikmat kepadanya dia berkata :  Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana KEPINTARANku" Surah AzZumar :49

***
Khamis lalu...07/06/2012

Tercungap-cungap masuk kelas exam..selamba buat muka blurr bila semua (yang dah duduk atas tempat kerusi masing-masing dan tengah  jawab kertas soalan berenti jap untuk) pandang…hehe..lek aa..baru jam 11.35pagi (banyak cekadak!exam start kul 11.30 la wei..)

Cuak la juga..
Takut ditahan dari masuk kelas..
Sia-sia la aku cuak baca buku dari semalam..

Masa tengah jawab exam tu, Syeikh Musa datang kelas…tanya kabar..bla-bla-bla..

“Exam Syafawi (Quran n Qiraat) nanti hari Ahad ea..korang datang la dalam jam 8pagi gitu” pesannya sebelum keluar dari kelas.

Macam biasa..macam tahun-tahun lepas…macam senior-senior lepas..semua akan berbahasa ‘ketakutan’ bila diberitahu exam syafawi..

Aku malas nak fikir…bukan maksud aku dah sedia nak jawab syafawi tu..tapi, aku kan tengah jawab kertas Fawasil! Tengah fokus la weh…hehe

فبشر عباد (surah azZumar)

-Kod hafal : Jangan Aku jadi Hamba xbersyukur
-Kalimah? : عباد : Hamba
-Ma’dud(kira)/Matruk(xkira)? : x : Matruk (ulama xkira tu sebagai satu ayat)
-Siapa? : Jangan : J :ج  (symbol) : Makki, Aku: A : أ  : Madani Awal

Tapi, tiba-tiba kompius lak…perkataan AKU tu ada juga aku guna untuk KUFI..
Aku guna symbol apa sebenarnya? A atau KU? So.. Madani Awal atau Kufi?
Sudah…

***
Selesai exam tu, baru aku tanya orang lain semula..saja nak pastikan..

“Exam hari Ahad kan?”
“a ah..habis aa otak..8 pagi exam syafawi..11.30 exam Dhobt plak”

Ternganga spontan sat…

“Hah? Biar betul? Dhobt hari yang sama ka?”

Dia angguk dengan muka pasrah…

Balik umah tu duk lepak ruang tamu sat, pastu baru bulih tido..

“Ya la..dua hari x tido’. Mabuk kut..” bak kata Mat Lutfi

Hehe..tapi aku xdala xtdo sampai dua hari..tido sejam lebih ja dari semalam..bak kata kak Feza pula..”Gelong kut..” hehehe

Malam tu tengok cermin dari jauh..mata dah jadi sebijik macam mata Tom yang xcukup tido sebab Jerry kacau dia..

Nak tido lagi!
Tapi, x baca buku lagi!

Una masuk bilik aku..

“Habis aa, dia buat jadual dia lagi..”

Kami gelak.

“Kena kut..supaya tersusun siket masa”

Masa untuk baca Quran, Qiraat dan Dhobt..

Huwargh…

Hasilnya..bangun pagi tu macam ni la..

Serabut ayam..

 Pejabat dikemaskini semula..hehe

 Buku  Ma’had  Dhobt dan Nota yang batch kitorang buat..:) bangga..(xbaca, sia-sia juga..)

 
 Matan Qiraat…saja buka buku Tarikh Qurra’ sebab nak tengok semula kaedah bacaan setiap imam Qiraat tu..



Aik, tetiba ada novel Hlovate.. pa kes??? Weh, suka kut baca novel nih…semangat..’Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan…’hatta dalam exam pun kita kena sentiasa bersandar dengan Allah tau..(semua orang tau..Cuma tinggal praktik ja)

“Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza. Tapi, kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa”- Hlovate


Dan musim exam ni..macam2‘seni’ juga bleh dipraktikkan..salah satunya seni menyangkutkan jam tangan di kaki papan streka..hoho


Kenangan exam tahun lepas..seni menampal henpon ke dinding..hehe..apa2 je la..yang penting bahagia n bulih focus k..


Like status Ummu Umar di group yang bunyi...
"Harap2 semua masih bersemangat untuk meneruskan muzakarah Ulum Quran~
Bila baca soalan Dhobt tadi, terus teringat dialog P.Ramlee " cobaaannnnnnnnn" hehe...Selamat study n selalu2 lah tajdid niat ye, bukan mumtaz yang dikejar semata-mata tapi ilmu yang barakah dan mampu menjadikan kita muslim yang hebat!!"
 ya betol! ",)




 Selamat bermujahadah…Mujahadah itu nikmat…sebab kejayaan itu sangat nikmat…



Allah berfirman yang bermaksud :
“ 39.Dan Kamu xdiberi melainkan apa yang telah kamu kerjakan. 40. Tetapi hamba2 Allah yang dibersihkan (dari dosa). 41. Mereka itu memperolah rezeki yang sudah ditentukan……….60.Sungguh, ini benar2 kemenangan yang agung. 61. Untuk kemenangan seperti ini, hendaklah beramal orang2 yang mampu beramal.”

Haruman dari asShoffat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan