Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Ahad, 17 Jun 2012

Muallim terbaik untuk Madah 'Kehidupan'

Sakit perut tak sudah2 dari Subuh tadi..aku makan apa je? makan masakan aku la...hihihi..aku tak ceta lagi kat diorang semalam masa masak tu, masuk lipas..ngoh3..entah camna la bulih masuk yer..dia tak rasa ke kuah tu panas bila tengok tengah menggelegak? salah landing kut...
Nasib baik nampak masa tengah kacau kuah kari tu..ingat asam jawa ke hapa..(setahu aku memang aku tak pegang langsung pun asam jawa petang tu)..dan aku terus hidang untuk diorang..

Ngeeeeeeeeee...


Gurau ja!!hehe..tak kan aku sekejam tu..

Terpaksalah masak kuah yang baru..dah jadi lauk pun lipas tuh..yek..

Tapi napa sakit perut juga?


..housemate aku tak sakit perut pun..sedih..tak bleh baca buku dengan baik..

Teringat dulu, setiap kali nak puasa , letak dalam kepala 'kena makan, nanti pitam'..tapi bila dah siang tu..tetap nak pitam juga.. dan ibrahnya, bukanlah makanan tu yang menyebabkan kita bulih tahan puasa, tapi sebab Allah yang tolong kita tahan puasa sampai petang..dan semenjak tu, terus tajdid niat..

Dan kali ni, walaupun aku dah buang lipas tu dari makanan tu..dan ada terdetik kut.."nasib baik aku nampak, kalau tak, abes aa ktorang akan sakit perut pas ni.."(tapi, aku tak tahu lah kalau secara saintifiknya, kalau makan hasil jajahan lipas boleh sakit perut ke tak)

See..buang pun, aku tetap sakit perut juga..tentu banyak hikmahnya..

Salah satunya..
Teringat aku cakap kat junior hari tu.."Hatta dalam masakan pun kita kena tawakkal juga walaupun kita pandai masak.."(korang janganlah buat spekulasi bahawa aku ni terer masak..hehe)

Segala-galanya kena tawakkal dengan Allah..mungkin Allah nak tengok, masihke hambanya yang sorang ni praktikkan konsep tawakkal dalam masakan tu lagi?

"Yan, kalo dah Allah takdirkan ko sakit perut tu..redha je la..istighfar banyak2..sakit sebab Allah nak hapuskan dosa..ingat banyak2 pada Allah.." nasihat hati.

“Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak” 

Mana tahu malam ni Allah mudahkan lagi muzakarah? InsyaAllah..:)

Masa tengah sedih2 tadi pagi tu, dengar lagu nasyid jap..lagu kumpulan Devotees-Setiap Kali...bolehla ketik di sini untuk dengarin lagunya ya..:)..insaf..

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
(Suara Latar/Backup)
Oh tuhan yang maha penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Durjana yang sentiasa mengarahku
Kepada kemurkaanMu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

***

"Ya Allah. kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu.. serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul. selamat dari segala bahaya dan mala petaka. Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Ya Allah jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah..Perkenankanlah ya Allah.." 

~Pengalaman adalah guru terbaik bagi kehidupan~
Dan Guru terbaik bagi kehidupan setiap insan ialah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

2 ulasan:

  1. yan...thanks 4 sharing..luv u coz Allah..-bukan kak nadia..

    BalasPadam
  2. ya..sama2 kasih..:) kita sma2 sharing.. lillah..
    sy jg uhibbuki fillah 'bukan kak nadia'..^_^)

    BalasPadam