Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Khamis, 5 Julai 2012

“Semoga mendapat ‘apa-apa’ hari ini” :)



Jam dah menunjukkan 9.30 pagi bila tremco yang kami naik sedang bergerak menuju pulang ke Mansurah. Yei! Balik kampong~~




Wah, lagi 3 jam kelas Bahasa Arab akan bermula. Harap-harap sempatlah sampai sebelum waktunya.

Huda tanya,  “Yan, macammana program kat rumah Sabah semalam? Best x?”
“Mana saya tahu.” Kataku sambil sengih
“Aik, kenapa pula?”
“Dah saya yang sampaikan, jadi saya xtau la best ke x..hihihi” 
“La..ya ka? Awat x bagitau? Program apa tu?”

Lupa lak aku nak ta’aruf nama program semalam tu. Hehe. Yo la..balik je dari Markaz Nil(kelas bahasa arab), terus berkejar ke Cairo lepas Asar tu untuk ke program malam tu yang dijangka akan start jam 9 malam. Tiba di Ramses-kebetulan geng2 aku ke Cairo juga hari tu-, kami berpisah. Aku dan Kak Fida ke Abbas el Akkad dan mereka ke ‘Asyir. Habis program jam 11 malam. Ngunyah makanan, masuk tandas..siap2 untuk tido..nak dekat jam 12 la juga. Siang jam 8 lebih dah bersiap untuk balik ke Mansurah semula sebab ada kelas tengah hari tu.

Mula-mula rasa berat hati nak ke Cairo, sebab..setiap hari dah ada kelas Bahasa Arab. Tak tergamak  nak ponteng sebab, level yang terbaru ni-level 10- da makin susah wo. Pastu, fulus bulan ni terpaksa jimat sikit, sebab lepas exam hari tu dah terguna untuk merayau-rayau di Alexandria :) 

‘Berapa banyak sebab la ko nak cakap ni? Hehe’

Tapi, hasil pujukan Kak Awi..dan 'untuk ummat ini', aku gagahkan diri untuk berkata :” Ok, baiklah. InsyaAllah, saya pegi” sambil dalam hati kata, ‘mana aku nak cekau duit ni?? Hari tu dah bahagi2 untuk duit rumah, kelas bahasa, kelas tasmie’ Quran, kos pengangkutan..tak dak pa dah tinggal…hatta untuk belanjawan ‘perut’ aku pun, aku kira nak cekau beras dari rumah je..hehe..tawakkal je la.’

Dan Alhamdulillah,  lepas abes Markaz Nil-sebelum ke Cairo tu- p bayar yuran sat. Bajet dalam le 250- takut naik harga.  Tiba-tiba, kali ni yuran tu termurah-terjadi murah- la pula-le170-…Alhamdulillah..alhamdulillah..baki yang ada boleh la dibuat ‘gulai’..hehe..sangat terharu..

“Bukankah Allah yang mencukupkan hamba-hambaNya?” Az-Zumar:36

“Program pasal Quran..entah apa kah nama program tu. Hihi” aku sengih lagi
“ Yan bagi pasal  apa?”
“Cara-cara hafal Quran”
“Allah..Allah”

Tapi, x adalah tips sangat pun..aku rasa selama sejam lebih tu aku banyak ceta pengalaman je. Tips tu, cuma dalam 10% je kut aku ceta. Sebab? Bagi aku, budak-budak tu tentu dah tahu dah cara-cara hafal Quran, tentu banyak dah program hafazan quran yang diorang ikut sejak dari sekolah menengah lagi…dan apa yang bakal aku sampaikan-kalau aku sekadar memenuhi tajuk yang telah diberikan- tentu sama je macam program-program pemantapan hafazan yang ada kat dunia ni…serius!

Sangat terkesan dengan kisah Ali Tantawi dalam bukunya yang bertajuk ‘Ta’rif Am bi din al Islam’(Pengenalan umum tentang Islam):

“Ketika aku pergi ke Iraq tahun 1936 untuk menjadi guru Sastera Arab di sekolah menengah, aku rasa bertanggungjawab untuk mengajarkan AGAMA kepada mereka. Sehingga membuatkan murid-murid meminta kepadaku tentang satu buku, yang mereka dapat  memahami Islam melaluinya. Mereka tidak mahu buku tajwid, tidak mahu buku tauhid, tidak mahu buku tafsir, fiqh, usul, Mustholah, akan tetapi mereka inginkan buku tentang Islam. Yang membentangkan seperti yang dibentangkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya, yang bermanfaat kepada orang-orang Arab yang mana mereka dapat memahaminya dalam satu hari atau beberapa hari”

Dalam muka surat lain pula beliau menulis :

“Aku kata kat murid aku : kalaulah seorang Foreigner datang kepada kamu dan berkata : “Aku hanya ada satu jam, dalam masa satu jam ini, boleh x korang explain kat aku apa itu Islam?” Jadi, bagaimana kamu dapat memahamkan lelaki tu tentang Islam dalam masa sejam?” Murid-murid dia pun kata : “Ini mustahillah. Orang tu wajib belajar tauhid dulu, tajwid…semua la ilmu agama…semua tu perlu ambil masa dalam lebih kurang 5 tahun juga la”. Aku pun jawab :” SubhanAllah, Macammana  pula dengan orang-orang Arab yang telah pergi berjumpa dengan Nabi, mereka tinggal bersama Nabi sehari atau beberapa hari, lalu dia dapat mengetahui tentang Islam dan membawanya kepada kaumnya, bahkan menjadi pemimpin dan guru mereka? Sesungguhnya, Nabi telah menjelaskan semua tentang agama itu dalam hadis tentang soalan Jibril kepada Nabi yang di dalamnya membicarakan tentang : Iman, Islam dan Ihsan…
 Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.  Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim)
Jadi, mengapa kita x jelaskan kepada lelaki itu tentang hadis ini dalam masa sejam?”

 ***

Dulu masa sekolah menengah, aku belajar Sirah juga..belajar sejarah pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah juga..tapi, xsatu pun terkesan di hati sebab aku sekadar menghafal fakta untuk exam tanpa ambil apa2 pengajaran pun untuk dipraktikkan dalam diri. Tapi, datang Mesir ni, macam2 belajar dari akhawat yang sudi menunjuk ajar.

“Kita ambik ibrah dari sebuah kumpulan tentera Islam yang bergerak dari tanah taklukan mereka yang pertama , setiap kota yang mereka lalui, mereka dapat mengislamkan setiap penduduk kota itu hingga kembali semula ke tanah taklukan mereka yang pertama tadi. Begitu juga lah, kita yang berada dalam jalan ini, ke mana pun kita pergi, tinggalkan kesan-kesan Islam itu di hati setiap insan yang kita temui. Hatta sedang menunggu turn masuk tandas pun. Kita tinggalkan sesuatu yang dapat ingatkan orang lain tentang Allah. Hidup ini jadi manis bila kita saling berkongsi dan saling mengingatkan tentang Allah. Pernah satu ketika, ana sedang berkejar untuk pergi riadhah, terjumpa seorang ukhti tengah jalan..tanya khabar..sembang2 sket..dan ana tinggalkan pada dia “jangan lupa, sambil jogging,ingat Allah tau” seorang ukhtie berkongsi pengajaran dalam satu kelas Sirah.

Jadi, dalam masa sejam tu..aku hanya bercakap menurut apa yang di hati. Menurut ingatan dan ilmu yang dipelajari yang Allah ilhamkan kepada hamba yang penuh kekurangan ini. Mungkin bukan semua yang aku katakan terkesan di hati…mungkin aku x dapat berikan yang terbaik seperti yang mereka kehendaki…

“Aku nak balik lambat sket ke Sabah, nak betul2kan Quran n sekarang cuba untuk cari hidayah tu semula” teringat dialog seorang ukhtie.

Ya, aku harap, apa yang aku sampaikan adalah untuk hati-hati yang sedang mencari erti hidup yang hakiki..

Mulut ini hanya perantara menyampaikan..tapi, yang membenarkan ianya berbicara untuk disampaikan kepada ‘hati-hati’ yang mahu itu adalah si Dia, Pemilik hidayah yang Maha Pemurah…  

Pagi sebelum aku pergi meninggalkan rumah Sabah, sempat aku tinggalkan kata : “Semoga mendapat ‘apa-apa’ lagi hari ini”

Kata-kata ni, kawan aku pernah kata kat aku bila terserempak di tengah jalan..dia tanya aku nak p mana..aku kata nak p tido umah orang..dia tahu lah kut aku ada program..sambil bersalam dia kata lah : “Semoga mendapat ‘apa-apa’ hari ini”. Kami berbalas senyum.

Sambil berpaling tinggalkan dia menuju rumah tu, x tersedar mata sudah ‘berkaca-kaca’..sebak..terasa dah jauh tinggalkan Allah…

“7. Apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang melihatnya? 8. Bukankah Kami telah menjadikan untuknya sepasang mata, 9. Dan lidah dan sepasang bibir? 10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan) 11. Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar. 12. Dan tahukah kamu apakah jalan  yang mendaki dan sukar itu? 13. Iaitu memerdekan hamba sahaya. 14. Atau memberi makan pada hari terjadi kelaparan. 15. (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat .16. atau orang miskin yang sangat fakir. 17. Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang”- Surah AlBalad

Teringat muqaddimah dalam satu wasiat Umamah binti Harith kepada anaknya (malas la aku gtau di sini wasiat tentang apa, sebab nanti kalau aku gtau mesti akan dengar bunyi kalimah..'Feewiit'..atau Huda secara otomatiknya akan nyanyi, "Tin kosong dipalu, dengan tongkoi kayu"..hehe). Wasiat ni dalam tajuk pertama buku bahasa arab kali ni. Ustaz Omar terangkan baru faham, (sebab tinggi sangat bahasanya!) : (ini menurut penerangan Ustaz Omar..)


"Wahai anakku, kau telah terdidik dengan didikan yang baik dan sebenarnya kau sendiri tidak memerlukan pun wasiat ini, akan tetapi cukuplah wasiat ini sebagai peringatan buat yang LALAI..."

“Semoga mendapat ‘apa-apa’ lagi hari ini” :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan