Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 19 Mac 2012

Ayuh bergerak!

  "Marilah kita duduk sejenak memperbaiki iman"

Bosan 'merantau' di sekitar ruang tamu, aku melangkah ke rak terbesar. Mata jatuh ke tingkat bawah rak. 

Munthalaq (Langkah bermula). Wah, buku baru! 

Segera aku capai dan mencari halaman bertajuk 'Isi Kandungan'.

Kita menolak hawa nafsu
Hanya gerhana
Terbenamnya matahari
Golongan baik yang dibinasakan
Kewajipan dakwah di jalan Allah
Ahli ibadat yang bermain-main
Peranan para cendekiawan
Jihad dengan hujah
Usul fiqh amal jamaie menurut salafussoleh
Fiqh amal jamaie dalam bentuk baru
Keselarasan dan kesyumulan
Bendera kebaikan
Formula hanya difahami oleh pejuang tulen
Perjanjian
Kriteria generasi pengasas
Peluasan yang seimbang dan penyebaran yang tenang dan teratur
Penapisan memelihara gerakan dari kecundang
Penumpuan, bukan meramaikan

"Mak ai..tajuk.." suaraku yang bervolume 50, sah-sahla didengari teman sebelah bilik yang sedang ternganga luas pintu biliknya.

"Ko pesal yan?" tanyanya

"Buku ni seram..." serius wa cakap. Hampir 70%  tajuk (yang mudah dapat digambarkan dia nak cerita pasal apa) tu, menembak hati penuh semangat. 

Teman melihat sekilas buku yang aku pegang tu.

"O..Munthalaq.Yup, buku yang sangat bagus! Sesuai untuk orang baik yang tak bergerak lagi untuk dakwah" jawabnya yakin.

Tanda soal menggaru-garu akal. Sesuaikah untuk aku? Ah, penulis tu kan tujuannya menulis supaya orang boleh baca hasil tulisannya..Aku la 'orang baik' tu kot..perasan! Peduli apa kalau aku perasan, kan aku sendiri yang untung kalau baca..:)

***
Ibnu Taimiyah katanya :
         "....Proses menyeru kepada Allah tidak akan sempurna kecuali dengan mengajak manusia agar mengerjakan perkara yang dicintai Allah dan meninggalkan perkara yang dimurkai Allah ..."

Teman 1 : "Kalau ko ada bakat menari, dan dengan bakat yang ko ada tu, ko boleh menyempurnakan satu program islamik, untuk teater muzikal 'Natrah' misalnya, dan orang tertarik ke program HARWANIS disebabkan itu, ko dah dikira sebagai berdakwah bila ko mengajak (dengan 'mencanangkan' adanya tarian dalam program itu) mereka. Dan ko sendiri tahu hadaf  HARWANIS adalah untuk sedarkan semula pentingnya peranan wanita dalam membina ummah. Sedarlah! walaupun dengan secubit usaha 'untuk menyempurnakan sesuatu' itu Allah akan nilai semuanya!"

Teman 2 : "Dalam alQuran, satu suruhan untuk Nabi tu, kalau Allah tak sebut pengecualiannya, maknanya suruhan tu untuk umat juga. Solat tahajud Allah wajibkan hanya untuk Nabi dan memang Allah bagitau kewajipan itu. Tapi, Allah tak bagitau pun dakwah itu wajib untuk siapa dari kalangan umat Islam. Jadi, dakwah itu wajib(fardhu ain) bagi setiap orang Islam MENURUT KADAR KEMAMPUANNYA."

Kenapa fardhu ain?
Hukum dakwah jatuh fardhu kifayah bilamana kebaikan menguasai suasana. Tapi, sekarang masih banyak kerosakan, maka hukum dakwah ialah fardhu ain...
Ooooo..

Dakwah bukan milik siapa-siapa. Alim ulama sahaja? Tidak...Doktor boleh..engineer boleh...tukang sapu sampah boleh..sifirnya : SIAPA YANG TAHU TENTANG SESUATU = WAJIB MENYERU (DAKWAH)

***
"Sekurang-kurang keaiban pada seseorang ialah duduk diam di rumahnya"- Talhah bin Ubaidillah alQuraisyi

"Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana dia berada sebenarnya dia melakukan kemungkaran di zaman ini. Mereka hanya duduk berdiam diri tanpa memberi panduan kepada manusia, tidak mengajar mereka dan tidak membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar rakyat dalam sebuah kota masih jahil tentang syariat sekalipun syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung pedalaman..."- Imam AlGhazali

"Bagi orang yang berani dan kuat yang mampu menggerunkan musuh dengan serangannya, perlu berdiri di barisan hadapan dan berjihad menentang musuh Allah. Tindakan ini lebih utama dari mengerjakan haji, puasa (sunat), sedekah dan ibadah sunat yang lain"- Ibnu AlQayyim Rahimahullah

***

Nasib baiklah musim sejuk. Jadi taklah sesuka hati si peluh ni beranak pinak.
Baru baca dua-tiga tajuk..Seram..seram-seram panas...bukan seram-seram sejuk..seram-seram panas sebab rasa membara untuk praktikkan apa yang telah dibaca ini..

Tanamkan dalam hati...
Aku tidak ingin seperti penduduk Thaif yang menolak seruan Nabi kerana aku berasa sangat malu bilamana segolongan jin pula yang menerima seruan baginda...
Aku tidak ingin seperti Zuljausyan alDhababi yang menyesali kerana terlambat dan menangguh-nangguh untuk menyahut seruan Nabi kerana pahala dan kedudukan para sahabat yang mendahului lebih dan begitu tinggi di sisi Allah..
Kalau boleh aku ingin menjadi seperti Nabi Ismail bilamana Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah..baginda segera berkata :"Aku akan menolongmu!"

"Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai kepada tujuan dan cita-citanya sekiranya kita hanya memberikannya waktu lapang kita untuknya sedangkan kita tidak melupakan diri dan makan minum kita"



Khamis, 15 Mac 2012

Dalam banyak-banyak dosaku...


 "Marilah kita duduk sejenak memperbaiki iman"

"SubhanAllah.." sepotong zikir itu sayup-sayup kedengaran dalam ruang bilik yang sederhana kecil itu. 

Berulang kali. Selang-seli dengan bunyi hingus yang ditarik perlahan

Aku intai dari ekor mata. Melihat ke kiri. Menangiskah temanku yang seorang ni?

Selidik punya selidik..rupanya dia tengah baca hadis tentang istighfar...

"Sesiapa yang melazimi istighfar, nescaya Allah akan menjadikan kelegaan bagi setiap kesedihan, jalan keluar bagi setiap kesempitan dan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka"

Ceritanya, dia sangat terharu dengan pertolongan Allah yang meluluskannya dalam examnya baru-baru ni. Mengimbau semula waktu dia exam hari tu. . Masa tu kitorang ditaklifkan untuk uruskan program Jaulah ke Sinai. Kami budak baru belajar. Ya, memang dia sangat sibuk. Sibuk beri tunjuk ajar pada kami. Sibuk layan kerenah kami. Sibuk layan pertanyaan kami. Kesian dia! 

Tapi betul cakap Nabi.."Allah akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka"...Allah tolong hamba-hambaNya yang tolong agamaNya..
Aku macam nak nangis jugakla..sob..sob..terharu jugak kot..

***

1)
"H___ mana?" tanya aku
"Demam.." jawab orang yang aku tanya..
"O..."

2)
"Yan..kaki akak bengkak.."

3)
"Yan, mohon doa agar aku dikuatkan iman n sntiasa berada dalam nikmat islam ya..sekarang ni aku ada sakit dalaman. Sakit ni makin lama, makin ramai yg terlibat..sampai lecturer pun aku terpaksa mintak tolong.."

***

"Kalaulah kita ada rasa kita tak ada benda/dosa pun untuk diistighfarkan, istighfarlah untuk dosa kita sebab kita tak sebarkan kebaikan pada hari tu.." tazkirah seorang kawan aku pada suatu hari.

Rasa macam nak nangis masa tu juga. Sombong dan hinalah aku kalau aku tak istighfar dalam hari tu. Dengan dosa yang bermacam. Tapi, satu benda yang aku rasa sampai sekarang hati masih rasa sebak. Sebab sekian lama aku abaikan hak yang perlu aku tunaikan terhadap sahabat-sahabatku..iaitu mendoakan mereka..

***

Maafkan aku wahai sahabat,
Dalam banyak2 dosa yang aku perlu minta ampun daripada Allah, sepatutnya aku minta ampun sebab tak doakan kesejahteraan sahabat-sahabatku. Semoga kalian, sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih-sayangNya, semoga sentiasa dalam keimanan dan dalam lingkungan golongan para solihin. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah selagimana kalian 'Menjaga Allah'..

Dari Abu Bakar Ash Shidiq radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,
“إن دعوة الأخ في الله تستجاب”
“Sesungguhnya do’a seseorang kepada saudaranya kerana Allah adalah do’a yang mustajab (terkabulkan).“

Selasa, 13 Mac 2012

Sumber kekuatanku...

 "Marilah kita duduk sejenak memperbaiki iman"

Lama juga tetamu atau merangkap teman rapat kelas aku tu merenung kertas-kertas kecik yang aku tampal di dinding..

"Ko tengok apa?"tanya aku

"Mutabaah amal tu apa?"tanya dia pula.

"oh..mutabaah amal tu, amalan-amalan ibadah yang perlu aku buat setiap hari..macam tu.." aku tunjuk kertas kecik yang bertampal yang tertulis...

Baca quran : sejuzu'
Puasa : 2x/minggu
Istighfar : 100x
Solat jemaah : 5x
Solat rawatib : 4x
Ma'thurat : kubra n shugra
Riadhah : 1x/minggu
Ziarah : 1x/minggu
Sedekah : 1x/ minggu
Qiyam : setiap hari
Dhuha : setiap hari
Thaqafah : setiap sehari
Study : sejam sehari

"Ko rasa penting ke buat ni?"

Kepala mencari ayat yang sesuai untuk menjawab soalan KBKK yang macam tu..alahai, ko ni yan..suka sangat berfikir-fikir nak guna ayat yang bombastik kononnya..sorohah (terus-terang) je la! Tak payah ayat sastera-sastera.

"Yup! Sangat penting..kan Umar alKhattab kata :"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab(di akhirat nanti)."..kalau tak buat macam ni, kita tak nampak kita dah buat apa hari tu..entah-aentah melagha depan tv 2-3 jam, internet 4-5 jam..tapi quran entah ke mana..solat sunat entah-entah sekali je..benda-benda ni sangatlah penting.." aku jawab dengan yakin dengan hati berdebar. ish, aku ni tak sudah-sudah dengan perasaan 'ketakutan yang melampau-lampau' terhadap benda yang takkan terjadi lagi pun sebenarnya(fobia dengan soalan orang yang bertujuan untuk berdebat/menjatuhkan...yai!aku bukan peguam yang pandai berhujah!)

Berada dalam jalan tarbiyah ini, amalan ibadah inilah yang sangat diteliti..untuk menjadi seorang pendakwah, apa yang diserunya tentunya ke arah pengabadian kepada Allah...bagaimana mungkin orang yang menyeru orang lain untuk beribadah mengabaikan amal ibadahnya sendiri..kan Allah kata:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca kitab?"(Al-Baqarah : 44)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu tidak mengerjakan apa yang tidak kamu kerjakan" (As-Saff:2-3)

Kawan aku pernah bagi tazkirah juga..dia kata..amal ibadah tu lah yang akan mendatangkan hidayah..amal ibadah tu lah yang mendatangkan ketaqwaan..amal ibadah tu lah bukti keimanan..

hmm, betul-betul..

Sebab tu, bila ada iman, sempurna iman..sempurnalah juga akhlaknya, sebab..dia mengimani dari Kitabullah dan Sunnah bahawa seorang muslim tu perlulah berakhlak baik..jadi, bila iman kuat, ianya akan melahirkan tindakan baik yang kuat juga..

Akhlak sumber ketamadunan..Kalau kita tengok sejarah pun, kita akan nampak majunya/bangkitnya sebuah kerajaan islam dulu tu berdasarkan akhlaknya...khilafah islamiyah jatuh disebabkan runtuhnya akhlak..bila runtuh akhlak, lambang runtuhnya iman..segala macam syariat tak mampu dipertahankan..ewah, berpantun-pantun gitu..macam masa zaman Abbasiyah, alangkah terhinanya umat Islam ketika itu bilamana umat yang bertamadun dari segi ilmu mampu dikalahkan oleh umat yang tidak bertamadun..yang tak kenal langsung apa itu ilmu! Y?Q?Nakuro? (semuanya ini bermaksud 'kenapa'..hehe)

Amal ibadah sumber kekuatan! Itulah yang aku nak cakap sebenarnya. hehe.. panjang bebenau syarahan moo ni..dak..supaya nampak apa kaitan ibadah tu..

Macam adik Fasihah dalam rancangan adik-adikku pernah kata :

"Kita tewas kerana dalaman kita lemah!" 

Mereka kematian ROH JIHAD! kenapa? sebab tak jaga amal ibadah!

Semasa kejatuhan khilafah Uthmaniyah pun, Syakib Arsalan (bekas menteri khilafah) berkata (untuk bangkitkan semula khilafah tu) : "Tidak boleh tidak kita perlu bermula daripada bawah."

Bermula dari pembentukan individu muslim itu sendiri..hinggalah mencapai tujuan utama iaitu khalifah kepada bumi ini..

"Nanti bawa mutabaah amal ye.." pesan 'Mama'  aku yang dulu, masa mula berjinak-jinak dengan tarbiyah ini..

Tiba harinya, mulalah aku sibuk-sibuk nak ingat-ingat semula amal ibadah apa yang aku dah buat sepanjang minggu tu(ni gara-gara bertangguh catit la ni)..hari tu berpeluh juga la, rasa macam nak pengsan, baru nampak rupanya tilawah tak cukup..semua tak cukup..rasa nak tebus dengan kebaikan2 yang pernah buat..rasa, kalaulah ada siapa2 nak sedekah amalan dia kat aku kan ke bagus..rasa nak balik semula ke hari2 yang lepas untuk buat yang terbaik..hai, masa ni nampak sangat buat untuk 'Mama'..bukannya untuk Allah..ye lah..masih baru lagi kan..

Tiba2 terlintas..kalau di dunia pun dah macamni, macammanalah pula di akhirat nanti semasa Hisab..? 

"Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Betapa celakanya kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya" dan mereka mendapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun." (AlKahfi : 49)

Ini baru betoi..buat untuk Allah, bukan buat untuk siapa2 tau! 

Betulkan niat!

"Dalam banyak2 jawatan hamba di dunia, jadi hamba Allah kita jadi mulia..."

Amal ibadah sumber kekuatan!