Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Jumaat, 18 Mei 2012

Aku Merinduimu...


Pada 12 Mei yang lalu, aku call dua orang adek aku- Nana dan Wawa- yang tengah duk asrama kat SMUI Toh Puan KK nun(kantoi, bawa henpon p skolah!hihi)

 Adek yang aku rindukan sangat-sangat! Yela..geng kot! Hehe…

 Kami kan bespren :)

Lagi lama tak bersembang dengan Wawa, maka rindunya lebih sedikit kepada Wawa la..Nana jeles la tuh :)

“Yan, ko dah call mak?” Wawa tanya, style macam makcik2 aku pernah tanya kat aku dulu…seolah-olah nak kata cenggini kat aku “yang ko call ktorang ni, ko dah call mak ke belum?”
Hihi..suuzzhon je la aku ni..betul otak kartun lah..tak bole harap!

“Dah, minggu lepas. Siap berbalas sms lagi tuh” kataku macam berlagak (aih, pura-pura berlagak je la.. :) )

“Ko dah wish ‘Selamat Hari Ibu’ ke kat mak?”

“Ups!” aku tepuk dahi.

Serius aku lupa! Gara-gara exam yang semakin hampir boleh dihitung dengan menggunakan jari aku dan seorang lagi kawan aku ni, aku dah lupa dah tarikh-tarikh ‘keramat’ hatta birthday mak pun aku lambat nak wish! Huh..siapa punya kakak la ni..kakak adeks aku juga..

“Uik, aku ada beli hadiah untuk mak. Aku tempah kat kawan aku” baiknya adek aku

“Ko tempah apa Wa?”

“Aku nak bagi mak kerongsang. Tapi, ko jangan bagitau mak tau yang aku nak bagi dia hadiah ni. Aku nak buat surprise. Hihi..”Alahai..comelnya adek aku yang baru form 3 ni..

“Baiknya ko Wa..” aku puji..ikhlas tau :)

“Ya..memangla aku baik” haha..gelak besar aku dengan ke’perasan’annya tu..dia ni, memang intonasi suara macam serius, tapi selalu rasa macam nak tergelak..

“Ee..jahatnya aku dulu dengan mak kan..”dia buat suara sedih dia dah…tak sangka Wawa dah jadi budak baik dah..masyaAllah..

“Ko minta ampunlah dengan mak. Doa minta Allah ampunkan dosa mak ayah. Solat ko dah full ke sekarang?”

“Uik..dah la..aku kan dah ‘besar’!”

Alhamdulillah..dulu dia ni la adek yang degil tahap ketiga kalau tak silap (sebab ada dua orang adeks lepas dia yang baru dikesani menduduki carta satu dan dua..hehe..tak apa, tu jadi ‘logam’ diorang untuk Islam! InsyaAllah)

“Ha, nanti ko doa selalu setiap lepas solat tau..jangan lupa…”pesan aku

Sembang punya sembang, talian putus pulak dah. Nana hantar mesej, suruh call ke henpon kawannya. Aku pun call. Nana yang jawab.

“Mana Wawa tu tadi..”

“Aa..jap ea…aik, mana dah pegi budak ni..merajuk kot dia. Tadi, tiba2 mukanya macam nak nangis..tiba2 katanya selsema..hehe..apa yang ko sembang dengan dia tu ha..?”

“E eh, ade le…”

Adek aku menangis! Ya Allah lembutnya hatinya..mesti dia rasa banyak dah buat silap kat mak. Dapat pengajaran lagi dari adek-adek…

Hmm, aku sangat bersyukur aku jadi anak sulung-walaupun aku ni nampak macam tak boleh harap, sebab waktu diorang kecik2 dulu, semuanya pernah lah ‘luka’ zahir batin sebab aku..huhu- kadang2 aku dapat ibrah bila tengok adek2 ni…

Kadang2 bila diorang nak itu, nak ini, merengeklah kalau tak bagi…
Suka kacau orang…rosakkan barang orang…
Geram, rasa macam nak bawa bergusti je..
Nakal, suka sepahkan barang bila orang dah kemas leklok..
Nanti aku bebel manjang, mengalahkan mak..
Sampaikan bapa pernah kata dia risau kalau aku dapat kerja mengajar bebudak…(kak Feza pernah kata : nanti kelas kosong bila aku masuk mengajar..sebab semua bebudak lari ketakutan..haha..kuang hasam)

Mak marah adek2 juga..tapi, tak lah marah macam aku..marah mak tanda sayang, marah aku tanda geram..hihi
Bapa pula kata…dia hepi sangat kalau kami semua adek2 dah berkumpul...waktu kami yang dah besar panjang ni dok jauh2, yang kecik2 ni la penghibur hati kami…begitu kata bapa…

Hati rasa tersentap

Tengok mak tertidur penat sambil menyusukan adek…
Pakaikan kasut sekolah untuk adek setiap pagi macam puteri raja…
Adek yang sengaja tinggalkan botol air di rumah (alasannya dah bosan selalu minum air putih je)mak sanggup ke sekolah semula hantar botol air, takut adek kehausan..

Semua itu, gambaran diriku tika ku kecil dulu!

Tengok nakalnya adek2…Nampak betapa tabahnya mak!

Huwaaaaa..nak nangis…rindu kat mak..rindu kat bapa juga… sangat rindu pada my adeks..

Ya Allah, tolong balas segala kebaikan-kebaikan kedua ibu bapaku (yang selama ini sabar mendidik, bersusah payah untuk kami, menyekolahkan kami hingga kami dapat mengenaliMu) dengan taufiq dan hidayahMu, keredhaanMu, ampunanMu dan naungan kasih sayangMu dunia akhirat ya Rabb…

“Aku bagi kerongsang untuk mak” terngiang lagi kata2 Wawa

Aku pula nak bagi apa kat mak?

Aku nak bagi Mumtaz kat mak,bolehke ya Allah?

…………


Tiba-tiba termelayan lagu raya jap..’Dari jauh ku pohon maaf'…adeh, tak sabar nak balik…rindu sangat2…


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Isnin, 14 Mei 2012

Sahabat..masih ada waktu...


Aku rasa macam dah jadi beluncas kepanasan dah…

Buat jadual tu tak kena..jadual ni tak kena..setiap hari tukar..tak tetap pendirian..(hisy, bukan tak tetap pendirian la..itu namanya kreatif, mempelbagaikan cara dan waktu belajar! Hihi)

Exam besaq lagi tiga minggu weh!

Tapi seolah-olahnya tuan punya badan ni macam masih berada di zon yang selesa…
Pagi tidur, petang tidur, malam pun tidur..
Cari makan macam orang tak makan seminggu…
Main Sudoku, konon release tension macam orang baru lepas belajar 12 jam macam Kak Nadia Afifah yang cemerlang tu…

Huh!

Teringat kat sahabat yang pernah kata : “Yan, aku tengok ko dah tak Nampak mujahadah macam dulu!”
Kini sahabat di hati pun marah juga!
Wake Up Yan!

Lantas satu hari tu aku bertekad ke masjid…’melarikan diri’ dari nafsu dunia…
Mula-mula macam takut juga nak pegi sorang2..tapi, dengan kekuatan yang Allah bekalkan, Alhamdulillah dari saat aku menjejak kaki ke rumah Allah dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 tak putus-putus Allah kirimkan ‘peneman’..tak dari manusia..dapat teman sementara dari cik burung yang berkicau dalam masjid pun jadi la..:) Terima Kasih Allah..

Teringat pada Maryam…
Yang kisahnya dilakar dalam AlQuran…dalam surah Maryam…
Kesakitan yang ditanggung ketika dalam penantian kelahiran Isa memaksanya bersandar di sebatang pohon kurma..tiba-tiba Jibril berseru supaya goyangkan pohon kurma (yang aku kira korang pun tentu kenal dan ma’ruf dengan pohon kurma yang tebal tu kan) untuk jatuhkan kurma untuk dimakan..cuba bayangkan macammana seorang ibu yang sarat mengandung nak tolak benda macam tu..padahal kalau ikutkan boleh je Jibril datang ambikkan kurma tu dan hidangkan untuk Maryam macam masa dia dihidangkan makanan secara tiba2 sewaktu sebelum dia diuji dengan Isa ini (ketika dia sedang bermunajat)..kenapa?kenapa?kenapa?

Sebab Allah nak ajar kita supaya usaha juga!
Malulah dengan Maryam…

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga sedangkan belum sampai kepadamu ujian seumpama orang-orang  sebelum kamu?”(AlBaqarah)

kita belum diuji seperti dia…dan bila diuji kita pula dengan mudahnya kita berputus asa…
dan kita belum lagi cukup berusaha!

Aduhai manusia…malu lah dengan Maryam…

***

Sembang dengan roommate lama..”rasanya ada tak harapan untuk dapat Mumtaz kalau baru nak berusaha saat-saat akhir ni?”

“Tak terlambat selagi masih sempat…”



Mata bersinar berbintang-bintang…

"Untuk kemenangan seperti ini, hendaklah beramal orang-orang yang beramal"(asShoffat)

Aku poyo je bagi semangat pada kak Nadia bila dia cerita ada satu geng tu dah hafaz matan Qiraat sampai surah Shoffat .
”Akak, kita tak terlambat lagi weh…ini strategi kita untuk kita yang jenis last minit ni..bla-bla-bla..”

Bukan kita tak ada sebab kenapa kita lambat study berbanding orang lain..aku, kak Nadia dan teman seperjuangan lain..hanya Allah je tahu masa kita dah terbahagi..dah tak sama macam orang lain..orang lain mungkin siap boleh tidur rumah kawan-kawan untuk studygroup..kita..kita tak dapat nak berkumpul pun sebab ada tuntutan lain…melainkan setelah dah tak ada kelas ni baru kita boleh start untuk studygroup..Allah tahu..Allah tahu..

Macam seorang kawan pernah kata tentang seseorang ni :
“Dia rasa macam tak ada masa dah, pagi2 kelas, petang tusyen, balik masak untuk suami..kemas rumah, lipat baju..sempat study pun pagi2 sebelum ke kelas je.. tapi alhmadulillah Allah isi masa-masanya dengan benda yang Allah pasti berkati”

Teringat lagi dengan Abu Hurairah yang terlambat sedikit masuk Islam berbanding sahabat lain..jadi apa strategi dia? Dia korbankan (luangkan) seluruh kehidupannya selepas Islam tu untuk berdampingan dengan Nabi untuk mempelajari Islam..Allah..Allah..

Dan strategi kita..kita sekarang kena sentiasa berdampingan dengan kitab-kitab kita untuk seluruh masa yang masih ada..jangan kita mengalah, kerana kita kalah saat kita telah berputus asa…

Dan ingatlah..”Pengakhiran itu yang menentukan nasib kita…”

Menukil juga kata nasihat ketua kelas kitorang..”Jangan rasa lemah semangat bila dengar orang lain lagi banyak dari kita..terus usaha..bukan banyak itu yang dapat bantu kita..tapi kita dapat jawab nanti insyaAllah dengan rahmat Allah”

Allah..Allah..

Ya Allah tolong bantu kami..Wahai Maha Penolong! Engkau saja yang dapat menolong kami..Siapa lagi yang dapat menolong kalau bukan Engkau..kami tiada siapa-siapa melainkan Engkau Ya Allah..Andai berkumpul satu golongan ingin membantu kami, kami tidak juga dapat dibantu kalau bukan atas izinMu ya Rabb..dan andai berkumpul juga satu golongan yang ingin memudaratkan kami, kami percaya kami tak kan dapat dimudaratkan kalau bukan atas izinMu..Jadikan kami  hamba yang pandai bersyukur..

“Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang, takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis…”