Alahai Ce’gu
Yan….
1st
time mengajar…
1st
day budak darjah 1 masuk sekolah…
Nasib baik
masuk kelas tahun 1 dulu..
Sampai depan
pintu..mak-mak budak tu pandang…
rasa
macam nak gigit pintu…rasa macam nak tukar kaki jadi bentuk lain pon ada kut..
‘rasa’
ni lagi dahsyat berbanding rasa malu bila kaki tukar jadi benda lain..
rasa
macam nak call bapa semula, nak suruh ambik aku bawak balik umah..oit, sepa
yang budak ni sebenarnya?
Poyo je
lalu depan mak-mak tu…sambil senyum..sopan gitu..
Mesti dalam
hati diorang berkata : “ Ce’gunya budak lagi..umo 20-an gitu”
Alahai
Ce’gu Yan..MEREPEK ko nombor 1!
Poyo
lagi ambik kehadiran murid-murid..nasib baik ada Ustazah Nik masuk bagitau.. “Minggu
ni diorang tak start belajar lagi, dua minggu orentasi” dengar dari loghatnya
bercakap..maybe asalnya dari Terengganu atau Kelantan gitu. Kak Na dan Kak Me’ah!
Terima kasih kerna pernah jadi ahli byt saya dulu! Hihi..
Hepi sampai
rasa kalau Guru Besar nak suruh aku ganti dia sementara pun boleh!
“Kita
ikut jadual dalam kertas ni lah ye. Jadi lepas ni kita nak bawa diorang ke
tandas. Awok tahu kat mana tandas?” tanya Ustazah Nik.
Mata
laju mencari perkataan ‘tandas’ dan akhirnya terjumpa ayat yang bertulis ‘LAWATAN KE TANDAS’
“Alamak
kak..saya pun baru lagi ni..tandas guru pun saya tak tahu lagi” aku tersengih macam
kerang dan tapak sulaiman.
“Ok,
takpe la. Nanti awok ikut saya. Kita sama-sama bawak budak-budak ni deh.
Sekarang ni awok bagi arahan lah kat budak-budak ni..”
Jantung
memecut laju tanpa arah tuju..rilek rrrrrr..budak je depan ko tu…
“Ok,
murid-murid..lepas ni kita akan membuat lawatan ke tandas..”
Nafas
terhenti jap…budak-budak pandang tak dapat berkata…suasana masa tu sunyi
semacam je..kalau siput atau ulat gonggok lalu masa tu buleh dengar kot bunyi rayapan diorang..
Aku
menoleh kepada Ustazah Nik..mohon pengertian..
“ha..murid-murid…sihat
tak?”
“sihat!”
“Lepas
ni ustazah nak bawa kamu semua ke tandas..siapa dah tahu tandas kat mana?”
“saya!”
“saya!”
Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo…..gitu
caranya.
Haha..patutla
semacam je budak-budak tu pandang..mesti budak-budak tu kata dalam hati..
“Ce’gu cakap apa tu? Lawatan? Tandas
kami tau la…”
Adoyai..memang betul-betul rasa
macam nak gigit pintu…
Best jugak la jadi ce’gu..lawak betul pengalaman
pertama jadi ce’gu ni..
Balik dari sekolah terus tulis
dalam buku..
***Catatan untuk esok :
1.Ajar
budak-budak cara bagi salam
2.Ajar
baca doa belajar
3.Ajar
adab-adab semasa belajar
4.Bla-bla-bla…
0o..jangan
lupa ya ..NIAT..niat ngajo tu kerana Allah..
pastu doa pula..“ya
Allah, ilhamkan aku cara untuk mengajar ilmu-ilmumu yang Engkau ingin mereka
mengetahuinya..terangilah hati mereka agar mereka sentiasa terus bersemangat
untuk menimba ilmu, jadikan mereka anak-anak yang berguna, soleh-solehah..dan
semoga mereka ini semua satu hari nanti menjadi pembela agamaMu..”
Ameen ya
rabbal ‘alameen..
ha yang ni pun jangan lupa..
'BILA BERCAKAP, GUNA AYAT BUDAK-BUDAK!'
Teringat kata-kata Hasan alBanna dlm majmu' rasail (ditranslate guna ayat aku) "Bila kita bercakap, kita rasa orang paham dah apa yang kita katakan, tapi bila diteliti semula, rupanya ada segelintir mereka yang tak mengerti satu pun apa yang telah kita katakan"
huhu..budak-budak pon mad'u aku jugak kan! hehe..Selamat jadi MUROBBI Ce'gu Yan!
ha yang ni pun jangan lupa..
'BILA BERCAKAP, GUNA AYAT BUDAK-BUDAK!'
Teringat kata-kata Hasan alBanna dlm majmu' rasail (ditranslate guna ayat aku) "Bila kita bercakap, kita rasa orang paham dah apa yang kita katakan, tapi bila diteliti semula, rupanya ada segelintir mereka yang tak mengerti satu pun apa yang telah kita katakan"
huhu..budak-budak pon mad'u aku jugak kan! hehe..Selamat jadi MUROBBI Ce'gu Yan!