Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Selasa, 19 Februari 2013

Bila Ce'gu Yan masuk mengajar


Alahai Ce’gu Yan….



1st time mengajar…

1st day budak darjah 1 masuk sekolah…

Nasib baik masuk kelas tahun 1 dulu..

Sampai depan pintu..mak-mak budak tu pandang…

rasa macam nak gigit pintu…rasa macam nak tukar kaki jadi bentuk lain pon ada kut..

‘rasa’ ni lagi dahsyat berbanding rasa malu bila kaki tukar jadi benda lain..

rasa macam nak call bapa semula, nak suruh ambik aku bawak balik umah..oit, sepa yang budak ni sebenarnya?

Poyo je lalu depan mak-mak tu…sambil senyum..sopan gitu..

Mesti dalam hati diorang berkata : “ Ce’gunya budak lagi..umo 20-an gitu”

Alahai Ce’gu Yan..MEREPEK ko nombor 1!

Poyo lagi ambik kehadiran murid-murid..nasib baik ada Ustazah Nik masuk bagitau.. “Minggu ni diorang tak start belajar lagi, dua minggu orentasi” dengar dari loghatnya bercakap..maybe asalnya dari Terengganu atau Kelantan gitu. Kak Na dan Kak Me’ah! Terima kasih kerna pernah jadi ahli byt saya dulu! Hihi..

Hepi sampai rasa kalau Guru Besar nak suruh aku ganti dia sementara pun boleh!

“Kita ikut jadual dalam kertas ni lah ye. Jadi lepas ni kita nak bawa diorang ke tandas. Awok tahu kat mana tandas?” tanya Ustazah Nik.

Mata laju mencari perkataan ‘tandas’ dan akhirnya terjumpa ayat yang bertulis  ‘LAWATAN KE TANDAS’

“Alamak kak..saya pun baru lagi ni..tandas guru pun saya tak tahu lagi” aku tersengih macam kerang dan tapak sulaiman.

“Ok, takpe la. Nanti awok ikut saya. Kita sama-sama bawak budak-budak ni deh. Sekarang ni awok bagi arahan lah kat budak-budak ni..”

Jantung memecut laju tanpa arah tuju..rilek rrrrrr..budak je depan ko tu…

“Ok, murid-murid..lepas ni kita akan membuat lawatan ke tandas..”

Nafas terhenti jap…budak-budak pandang tak dapat berkata…suasana masa tu sunyi semacam je..kalau siput atau ulat gonggok lalu masa tu buleh dengar kot bunyi rayapan diorang.. 



Aku menoleh kepada Ustazah Nik..mohon pengertian..

“ha..murid-murid…sihat tak?”

“sihat!”

“Lepas ni ustazah nak bawa kamu semua ke tandas..siapa dah tahu tandas kat mana?”

“saya!”

“saya!”

Ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo…..gitu caranya.

Haha..patutla semacam je budak-budak tu pandang..mesti budak-budak tu kata dalam hati..

“Ce’gu cakap apa tu? Lawatan? Tandas kami tau la…”

Adoyai..memang betul-betul rasa macam nak gigit pintu…

Best  jugak la jadi ce’gu..lawak betul pengalaman pertama jadi ce’gu ni..

Balik dari sekolah terus tulis dalam buku..

***Catatan untuk esok :
      1.Ajar budak-budak cara bagi salam
      2.Ajar baca doa belajar
      3.Ajar adab-adab semasa belajar
      4.Bla-bla-bla…

0o..jangan lupa ya ..NIAT..niat ngajo tu kerana Allah..
pastu doa pula..“ya Allah, ilhamkan aku cara untuk mengajar ilmu-ilmumu yang Engkau ingin mereka mengetahuinya..terangilah hati mereka agar mereka sentiasa terus bersemangat untuk menimba ilmu, jadikan mereka anak-anak yang berguna, soleh-solehah..dan semoga mereka ini semua satu hari nanti menjadi pembela agamaMu..”
Ameen ya rabbal ‘alameen..

ha yang ni pun jangan lupa..

'BILA BERCAKAP, GUNA AYAT BUDAK-BUDAK!'

Teringat kata-kata Hasan alBanna dlm majmu' rasail (ditranslate guna ayat aku) "Bila kita bercakap, kita rasa orang paham dah apa yang kita katakan, tapi bila diteliti semula, rupanya ada segelintir mereka yang tak mengerti satu pun apa yang telah kita katakan"

huhu..budak-budak pon mad'u aku jugak kan! hehe..Selamat jadi MUROBBI Ce'gu Yan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan