Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Sabtu, 11 Mei 2013

Manis tau..:)

Lama tak menulis, bukan bermaksud dah tak minat menulis kan?
Sibuk..
Tiada hati..
Umah takda internet..
hihi..


Uish, kalau nak menulis pun kena ada hati tau..
Cuba try tanya Ramlee Awang Mursyid..Hlovate..Noor Suraya..

Ala, buat semua amalan pun semuanya perlu hati..
Sebab hati lah yang akan menggerakkan kita untuk buat sesuatu..kan?
Ala..korang pun dah tau..

 
***
"Mak, kalau dapat kerja guru ganti mengajar kat sekolah ni, saya tak mau la.." hamboi..sedap ja aku nak tolak-tolak yer..ingat cari kerja sekarang ni senang ker?

"Kenapa?" mak tengah buat apa entah masa tu. Mesti dia dah start pening kepala dah dengan kerenah anaknya yang baru pulang Mesir, tiba-tiba milih kerja pula dah..

"Saya bukan lulusan diploma perguruan pun. Duk Mesir bukan mengaji kitab macam budak-budak Azhar ngaji. Tafsir, Hadis, Feqh, Tauhid..segala bagai diorang punya kitab tu. Dulu pun orang bukan sekolah menengah agama. Nganga kut bila pengetua temuduga hari tu, tunjuk buku budak form 1..try suruh ngajar situ juga..huhu" luah aku..rasa nak nangis..alolo..dah nangis dah..

Mak diam.

"Kalau rasa berat tu, tak yah la.." pujuk bapa.

2 minggu try untuk PASRAH. Sekarang ni kena kerja juga. Adik yang sorang tu nak masuk U. Ko nak bagi dia makan apa kat U tu nanti? rumput? suruh dia bercucuk tanam belakang asrama? ternak ayam, ikan? nak beli buku, pakai sistem barter? tukar buku dengan tanaman? hoho..sekarang duit sangat-sangat diperlukan.



Allah pun tak suka kut kalau aku milih kerja. 

Duk depan meja, kebingungan. Tiba-tiba terfikir..

"Apa susah..kang kalau dapat keja situ..tak tau bahasa arab..bulih contact Kak Aini. Tak tau Feqh, bulih tanya Kak Fuza pula..kalau tak tau itu ini..tanya je la siapa-siapa.."

Baru hati terubat.

***
Petang Isnin tiga minggu yang lalu..pejabat pengurusan call..suruh lapor diri di sekolah tu keesokan harinya..

Perasaan..macam hepi..tak tau napa..Allah dah buka hati kut..Mesti ada yang manis yang Allah nak kasi tunjuk.. hati senyum.. cerita kat mak..

"Jangan putus asa. Cuba dulu. Mengajar mana yang mampu. Tak tahu, boleh tanya guru-guru kat sana" pesan mak.



***

Alhamdulillah, setakat tiga minggu yang telah dilalui..life masih terasa manis..

-Setiap hari kena bangun sebelum subuh. Untuk bersiap. Sebab ktorang kena punch sebelum jam 6.30 pagi. Jarak dari rumah ke sekolah tu bolehlah tahan jauhnya. Macam dari Dirasat nak ke Tir'ah ketika JAM kut.hihi

Manis sebab...boleh qiyam, ngaji cket-cket sat pagi-pagi tu..manis kut..

-Masa mengajar, try selit tazkirah..macam Syeikh Husin. macam mak usrah ktorang buat. Aku tak nak, diorang belajar fakta ja. Amalinya perlu ada. Dan tak nak biarkan diorang hanya dapat "ma'ani" ilmu tu bila diorang dah terlibat dengan usrah besar-besar nanti. Kalau diorang tak join usrah cemana?

Dan sangat terkesan, bila aku try crita tentang Nabi Muhammad, Umar alKhattab..ktorang sama-sama nangis..

Manis sebab..diorang lah pemuda-pemudi harapan yang perlu dilentur sejak dari rebungnya..dan nampak diorang sebenarnya memang sangat2 memerlukan pengisian rohani..





"Hari tu bagi ucapan. Sebenarnya try nak buat macam tazkirah..tapi, budak-budak di sini belum biasa sangat dengan benda ni.." luah seorang cikgu.

see..anak-anak ini sebenarnya sangat memerlukan 'kita'..

Manis sebab..ada orang lain yang punya perjuangan yang sama..bila futur, boleh minta semangat dari dia..

- Hari tu ditaklifkan untuk latih budak-budak bertanding hafazan..tak tau nak latih katna..

"Kat surau pun boleh..ter'imarah juga surau tu" kata Ust bahagian akademik tu.

Manis sebab..bila-bila masa boleh lepak kat surau tu. Kadang-kadang lepak surau pas Zuhur..ngaji..
Manis sebab..walaupun di sekeliling kita bukan hafal quran, tapi rasa macam sekolah tu macam tempat hafal quran..macam kat Tahfiz dulu..macam kat DQ..macam kat Mesir..

"Akak, betulke kawan kite kata, kat Mesir, orang-orang Arab baca quran kat mana-mana?"
"Betul-betul. Ktorang pun dah terikut-ikut gaya diorang. Baca quran dalam bas..kretapi..kat mana-mana lah.Gaya tu lagi meriah kalau bulan Ramadhan.."

Aku dah promo Mesir dah..terasa nak membiasakan aura Mesir tu di sini..

Manis lagi..bila cikgu biasa-biasa tanya.."Hari ni tak ngulang quran cam semalam?" betul-betul rasa orang ambil berat kat kita..
Manis lagi..bila cikgu biasa-biasa tanya.."yan, cni ada jual tafsir quran tak? tak best la baca quran tak tau makna.."

-Terasa hidup di sini lebih bermatlamat..
 
Alhamdulillah..alhamdulillah..

 
Aku tahu ini baru permulaan..tapi aku berharap agar ‘kemanisan’ ini berlarutan sampai aku menemui Tuhan, sampai aku melihat ‘insan-insan’ itu menjadi insan yang terus mahu menyambung perjuangan ini..dan sebenarnya, pasti liku-liku sedang menanti..hanya berharap Allah sentiasa menemani di sisi..



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan