Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Khamis, 30 Mei 2013

Yang paling aku sayang….(1)


Teringat bekas anak-anak murid di sekolah rendah awal tahun hari tu

1 Baiduri, 1 Delima, 1 Mutiara
2 Baiduri
3 Delima

Kadang-kadang ganti guru lain masuk kelas lain pula..

Yang paling tunjuk hormat..kelas 5 Delima lah..kononnya aku guru sporting dan kononnya kalau senyum macam Najwa Latif..haha..hadoyai..

Yang tak tahan tu..bila aku naik motor bapa masa balik sekolah, ada yang jerit “Bye cikgu najwa latif!” bapa aku pon buat muka pelik..hihih

Yang paling best..masuk kelas MUTIARA

‘KELAS YANG TERAKHIR’ kata guru-guru di sana..

Oooo..

Tapi, tak sampai hati nak menyokong gelaran ‘kelas terakhir’ tu, sebab aku percaya diorang ni sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri yang tak sempat aku korek sepenuhnya..ye lah..2 bulan lebih je kot aku ngaja diorang..

Hmm..kenapa best kelas-kelas MUTIARA ni ye?

1 MUTIARA

-Mana korang nak jumpa anak murid yang penuh semangat menjawab (bila ditanya rukun iman yang ke-5) katanya : “Hari Malaikat!”

-Mana korang nak jumpa anak-anak murid yang terang-terangan salah sebut, bila ditegur, dia gelak dan kata : “Tipu saja..hihi”

-Mana korang nak jumpa si kembar yang selalu mengantuk dalam kelas..baru buka buku..mulut pun ikut terbuka juga (menguap)


2 MUTIARA (kelas ganti)

-Mana korang nak jumpa anak murid yang bila ditanya :

“Dah hafal sifir 2?”
“Sudah!” jawab semangat
“Ok, cuba baca..”
“2 x 2 = 2
3 x 3 = 3
4 x 4 = 4”
“haha..jadi 5 x 5 = 5?”
“ya..!” semangat lagi..
“Siapa ajar?”
“Bapa..”
Hahaha..hadoiii..

6 MUTIARA

-Mana korang nak jumpa bakal wakil SUKAN OLIMPIK yang teramai dalam kelas ni?

Wakil bola jaring..wakil bola tampar..wakil bola sepak..
Ada lagi yang sorang tu suka baca buku politik..perghhh

Kenapa aku suka sangat dengan kelas-kelas ni?
“Ustazah suka ajar orang yang start dari zero..sebab kita nampak dia ‘membangun’ depan mata kita” sembang aku dengan seorang budak sekolah menengah masa di KL hari tu.

Teringat satu kata-kata ‘AKU MOHON CINTA, TUHAN BERIKANKU INSAN-INSAN YANG BERMASALAH UNTUK DIBANTU”

Teringat lagi dengan Jijah..

Yang kalau dalam kelas Quran masa sekolah menengah dulu, susah nak hafal..
Bila dah hafal, cepat pula lupa..
Yang kadang-kadang degil..
Yang kadang-kadang ‘termelawan cakap guru’ (sebab stress selalu kena marah)
Tapi, akhirnya dapat juga khatamkan alQuran..

Patutlah Ustazah Asiah boleh kata cenggini..
“Dalam kelas..JIJAH USTAZAH PALING SAYANG

Baru faham perasaan tu..bila dah bergelar seorang GURU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan