Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 5 Ogos 2013

Mulakan dengan dirimu!


Ramadhan tahun ni aku rasa memang sangat-sangat berbeza dengan ramadhan aku yang lepas...lepas-lepas..dan lepas-lepas-lepas..

Mungkin sebab kurang 'warming up'..jadi, untuk memecut, awal-awal lagi sudah terasa longlai...



Sesekali teringat juga kenangan dengan akhawat di Mesir...

Tapi, aku faham je..semua kenangan itu bukan dikenang hanya untuk ditangisi..atau sekadar untuk di'senyumi' (abesla aku jadi perosak bahasa! hoho)




Tapi, semua tu Allah ingatkan..sebagai bekalan untuk membina kekuatan!

Kalaulah korang tanya..adakah aku sekarang ni tengah kuat?
Jawapan terbaik ialah..aku sedang cuba untuk kuat

Memang sejujurnya, aku sangat-sangat rindukan akhawat..
Tapi, aku percaya nun jauh di sana, mereka juga sedang cuba untuk kuat..
Kuat demi Umat..



Dan untuk kuat, perlu banyak berkorban..sebab..Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita..

"Pengorbanan itu adalah kunci kehidupan dan sumber kekuatan. Pengorbanan yang menjadi ujian dalam kehidupan. Sehingga menguji secebis keimanan"-Short Film : KORBAN

Allah..

Rasulullah juga terpaksa membina kekuatan demi umat..
Banyak berkorban demi umat..
Di saat baginda sedang kuat, Allah datangkan sahabat-sahabat untuk menguatkan..

Sahabat juga terpaksa membina kekuatan setelah kewafatan Rasulullah..demi umat...
Banyak juga berkorban demi umat..


Walaupun Rasulullah telah pergi, namun suasana pada zaman-zaman para sahabat seolah-olahnya Rasulullah sedang berada di sisi.. 

Meskipun akhawat tiada di sisi, insyaAllah Yang Maha Kuat sentiasa akan mengiringi..

 *********************************************************************************
Mula-mula dulu, ajak orang lain buat sama-sama..
Tak semua nak buat macam yang kita nak buat...

sedihla juga..

Tapi, bila teringat masa di Mesir dulu..nak tunggu Allah hantarkan 'teman' untuk bagi semangat..tapi, 'semangat' tak datang-datang juga..'kekuatan' tak datang-datang juga..

Akhirnya..

Kita cuba bermula dengan diri sendiri...
Tak mau tunggu orang lain dah..



Rupanya,

Di saat-saat kita sedang kuat tu lah, baru Allah datangkan 'teman-teman' sebagai penguat kekuatan...
Allahuakbar...

"Dan bahawasanya, seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan dengan balasan yang paling sempurna " (Mafhum Surah AnNajm : 39-41)

Teringat lagi dengan kata-kata kak Qilah ;

"Kalau nak kuat, tak ada cara lain melainkan dengan kuatkan diri je la"





Jadi, untuk kuat..pesan Nabi :

"Ibda' binafsik!" (Mulakan dengan dirimu!)


Sedang senyum dengan pesanan Allah kepada sang hati dalam menjalani kehidupan berRAMADHAN di Malaysia ni :

‘Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi. Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yang celaka’.


Terima kasih Allah~ :)

Asyik teringat isi tazkirah yang aku sampaikan di awal Ramadhan dulu semasa perhimpunan sekolah :

"Kita sahaja yang mampu men'syok'kan Ramadhan kita. Kita lah yang mencorak Ramadhan kita."



Dah cakap gitu..yang bercakap ni tentulah lebih-lebih lagi perlu amalkan..huhu..sebab tu lah, nak tak nak, kena kuat juga..supaya orang lain pun boleh kuat juga! Berusaha!

Ya Allah..Istiqomahkan aku untuk terus memulakan segalanya dengan diriku terlebih dahulu...