Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Sabtu, 23 November 2013

Bila Allah tolong..

Tadi, isteri kepada salah seorang datuk saudaraku datang ke rumah. Nak tengok baju yang dipesannya daripada mak. Wah..wah.. mak ku sudah ada perusahaan baru sekarang.. jual baju t-shirt di kampung..dapat sambutan yang menggalakkan juga la..alhamdulillah..duit yang ada bolehlah menampung belanja dapur tengah bulan..kikiki..

Rancak sangat mak ngan dia bersembang..aku ikut duduk sesaja situ..sambil makan nasi goreng..kut ada benda bulih disampuk-sampuk..kehkeh..(orang nak belajar layan tetamu lah!)



Mula-mula cerita sal majlis kawen sedara aku yang kat KK..




diam ja aku..sebab aku dah dengar cerita tu pagi tadi..heheh..

Pastu, cerita pula kisah hantu penanggal kat Jalan Melabau tu..



bulihla menyampuk sket..haiya..itulah Melayu..bab cerita hantu, rancak sangat bualnya..


tapi, bab isu semasa, liberal..palestin..nganga juga kadang-kadang.. (ini merujuk kepada aku okeyh)



Tapi, perlu tau juga apa topik kesukaan orang-orang sekeliling nih..mudah nak masuk dakwah islamiyah..hihih..

Contoh sorang sedaraku dulu cerita pasal dia p berubat jumpa bomoh. Takut ada sihir-sihir semua, segala bagai tu. Jadi, bomoh tu bagi satu benda yang berbau cket tu..apa nth namanya..yang penting untuk berlindung dari syaitan..dan di situlah aku menyampuk..aku suruh baca 'bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi syaiun fil ardhi wa la fis sama' n cerita juga tentang kisah yang ada kaitan denga doa tu..terus sedaraku itu berusaha nak hafal doa tu..alhamdulillah, terlepas sudah seorang dari perkara syirik..(sesungguhnya Allah lah yang ingin menunjukkannya ke jalan yang benar..subahanAllah, sayangnya Allah pada dia)

Pastu, nak dekat jam 12 gitu, dia nak minta diri.

"Minta maaflah..berkejar. Pasni ada kelas" katanya

"Kelas apa tu?" tanyaku

"Kelas fardhu ain kat masjid"

"oh" masyaAllah..alhamdulillah..kata hatiku..

"Ramai ka yang p?" makku pula tanya.

"Ada la dalam 30 orang"

Alhamdulillah..itu lah kut yang makcikku tanya minggu lepas tu :

"Yan, apa tu maksud perkataan ejaan dalam jawinya...'nun, ha, ya' "

Aku tunjuk muka blurr..serius..mana aku nampak apa bendanya kalau tak tengok dengan mata sendiri..hihi


"Kitorang belajar fardhu ain..buku tu dalam ejaan jawi. Perkataan sebelum 'nun, ha, ya' tu kitorang faham lah" makcikku gelak.


"Buku lama-lama kah?"


"ya, kertas kuning-kuning gitu.."


"Apa ayat sebelum 'nun, ha, ya' tu? mungkin tu perkataan arab. sebab kalau buku lama-lama, dia tulis dalam tulisan jawi dan kadang-kadang campur melayu arab..."


"Kita hendaklah menjauhi 'nun, ha, ya' Allah.."


haha..nak dekat '100' x dok p ulang 'nun, ha, ya'..'nun, ha, ya'..ja


"oh, tu..betullah perkataan arab..NAHYU..maksudnya larangan..jadi ayat tu nak kata : kita hendaklah menjauhi larangan Allah.."


makcikku senyum.


"Tu lah. Puas kitaorang fikir pa bendanya. Last2, teringat kat Yan, makcik kata la kat diorang..nanti kalau diorang Yan balik kampung..aku p tanya dia.."


Alhamdulillah..penduduk kampungku di Beaufort Allah jaga..
Dulu, dilema, nak berkhidmat di Beaufort atau Labuan..
Atas sebab-sebab tertentu, aku akhirnya terpaksa memilih Labuan..
tapi, selalu risaukan Beaufort juga..
selalu doa, minta Allah hantarkan 'pertolongan' kepada mereka..sebab aku tak mampu nak pegang dua-dua..

Alhamdulillah..semoga Allah kukuhkan langkah mereka dalam menuntut ilmu..walaupun yang datang tu dah tua-tua...

Teringat kat seorang ustaz dulu kata :
"Kita sebagai daie', jangan risau bila sibuk dengan dakwah, anak-istri tak terjaga (tapi, bukan maksud sampai terabai, xjaga solat ka hapa..)..sebab, Allah pasti akan tolong hamba-hambaNya, jika hamba-hambaNya menolong agamaNya. Dan Allahlah yang akan hantar juga pertolonganNya untuk jaga keluarga hamba-hamba yang menolong agamaNya"

Allahuakbar!
"Allah, kukuhkan langkah kami atas jalanMu, matikan kami syahid di jalanMu"

A160


Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
(A-li'Imraan 3:160)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan