Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Ahad, 3 November 2013

DIA

Baru je kenal dia… 

Cekgu B.I…

Ini bukan DIA :)

Kenalan baru yang rock…lucu…gila-gila…buat aku bikin tak malu jadinya..

heheh..maksudnya…walaupun baru kenal, tak lah aku malu sangat nak berbual dengan dia.. J

Aku ni, bak kata seorang cekgu tu “c Azean ni takdelah pendiam sangat sebenarnya, kena orang ajak bercakap!

Ngeeeee…betul-betul-betul..

Cekgu B.I ni peramah…rasa macam dah lama kenal…sebab tu lah bulih masuk ngan dia...
rasa macam dia tu student Mesir pun ada juga..sebab..selalu juga guna cakap ammi mesir..

hu~ teringat kat sahabat-sahabatku yang nun jauh di mata…

Apa yang membuatkan aku bercerita tentang dia ialah…
Walaupun kitorang dah sembang banyak cerita lawak..tapi, bulih je tiba-tiba selit tazkirah..dalam berlawak…masyaAllah…terasa sembangan masa tu sedang dinaungi sayap-sayap malaikat…

Ni lagi faktor yang menyebabkan aku suka nak berkawan dengan dia..rasa best sebab ‘gila-gila’ kita dirai..dan  hati rasa makin dekat dengan Allah..

Allah..Allah…

Dia ni nampak aktif jugakla buat program untuk remaja dan belia…
Anak-anak usrahnya dari kalangan cikgu-cikgu pun ada juga…
Buat  program sampai melibatkan keizinan polis..Pejabat Pelajaran..buat surat tu..surat ni..sehingga menyebabkan aku terpinga-pinga dan rasa macam dah jauh ketinggalan dari jalan dakwah ni..huhu

“Apsal korang wat program sampai camtu sekali?” tanya aku.

“..insyaAllah KRIM akan ditubuhkan di sini..tapi, orang tak kenal lagi KRIM, sebab tu melibatkan diorang-diorang tu”

MasyaAllah..kuatnya dan beraninya dia..

“Prinsip aku : Genggam bara api biar sampai jadi arang”
“Tenaga korang di sana ramai ke?”
“Penggerak dua orang je..”

MasyaAllah..
Gerak kerjanya macam ada berpuluh penggerak di sana..

“Semasa hendak membuka Mesir, Amru al’As meminta Umar menghantarkan sepasukan tentera perang. Beliau terkejut kerana Umar cuma menghantar 4 orang tentera...
Kata Umar : Aku telah menghantar seorang lelaki yang kekuatannya umpama kekuatan seribu orang.” ~ (Qashashul Quran : Amru Khaleed)
Muhasabah : Kemenangan bukan dari ramainya bilangan tentera, tetapi sebenarnya dari kekuatan jiwanya

Wuwuwuwu…
Ini baru betul daie yang bergerak!

T_T

“Kita bukan lagi pada tahap, kita masuk Jamaah sebab nak Jamaah tu menampung (merawat) kita sahaja, akan tetapi sekarang matlamat kita ialah ‘KEMENJADIAN’. Kita kena juga menyumbang. Memanusiakan orang…mengIslamkan Muslim..menjadikan orang tu betul-betul jadi manusia yang betul…menjadikan seorang Muslim tu betul-betul jadi Muslim yang betul..kita nak orang yang kita didik tu ‘MENJADI’…” pesan murobbi.

“Ko buat je apa yang ko nak buat..yang penting gerak! Kalau tak nanti ‘kena cuci’ ngan Ustaz Sarip” nasihatnya..

“Ehehe..dah kena cuci dah..tu yang insaf ni…”

Terus teringat dengan mesej abi :
“Azean sudah lama dalam tarbiyah..ikut sejak dari Darul Quran lagi..abi harap, Azean pahamlah. Ini amanah kita. Kita akan dipersoalkan di akhirat nanti…”

“Allah sayang kak Yan tu, tu la Dia datangkan ‘mereka’ untuk tunjukkan dan bagi semangat kat kak Yan”

…… T_T

Dan Dia….
Tiada beza seperti aku…
Anak sulung…
Sudah/ Baru 25 tahun…J
Guru…
Sibuk dengan PBS sekolah…
Terlibat dengan tarbiyah sejak 5/6 tahun yang lalu..


Cuma Dia…
Jiwanya lebih kental berbanding aku…
Katanya : “Aku nak bersihkan hati dan tak nak culas dalam dakwah”

Ya Allah..terima kasih kerna datangkan AKHAWAT ini pada hambaMu yang lalai ini..
Kukuhkan dan teguhkan langkahku dan sahabat-sahabatku di atas jalan dakwahMu ya Rabb..

“thabbit qulubana ala dinik wa ala to’atik..tawaffana muslima wa alhiqna bis sholihin”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan