Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Sabtu, 30 Ogos 2014

Sepotong episod



Ini adalah sepotong episod hidup..
seorang yang aku kenal..yang hilang hatinya…

Katanya suatu hari, “Aku nak nangis, tapi tak boleh nak nangis dah macam dulu..apesal ek?Tapi boleh pula rasa nak nangis bila ada rasa sedih sebab ‘tak boleh nangis tu’…uhuhu”



Faham tak perasaan ni?
Aku???
faham…
sebab… aku pun rasa…

Sedih bila :
baca Quran tak dapat  nangis..


solat tak dapat nangis..


pegi majlis ilmu tak dapat nangis..
kita share cerita Islam dengan kengkawan tak dapat nangis..
wuwuwu...
 
Senang cerita…
Takda hati…
Takda perasaan…

Hati entah sembunyi ke mana?
Nak cari..rasa malas…
Tapi, dengan berbekal iman yang sudah kian menipis dan rapuh macam daun kering..
Lalu digagahkan juga mencari..

Dan berbekal pesan HATI dulu
“Setiap waktu, saat, minit dan hari-hari perlukan PERJUANGAN”

Jadi, diselaklah helai pertama dan ayat pertama surah Al-Baqarah :



 `Tafsir Fi Zilalil Quran

SubhanaAllah…
Udah ngerti..
Kenapa gak bisa nangis..
Kerna gak ajerin hati itu berniat dan memperbetulkan niat setiap kali ingin berdampingan dengannya..

Juga..hati, atau anggotanya tidak dibersih dulu sebelum menghadapnya..
Hanya yang ‘membina TAQWA’ layak mendapat petunjuk daripada kitab ini..

Tersentak bila membuka buku usrah ‘anak-anak’ kelmarin..ada kata-kata tertulis :
“ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK  IALAH ORANG YANG SELALU MEMBUAT KEBAIKAN”

SubahanaAllah…

Allah..
Petunjuk akan berlumba-lumba datang kepada orang-orang yang menginginkannya..

“Rasulullah bersabda tentang firman Allah..   
كُلَّ يَومٍ هُوَ فِى شَأن
“Setiap waktu Dia sentiasa dalam kesibukan”
Di antara kesibukan-kesibukan Allah ialah :
-mengampunkan dosa
-membuat jalan keluar dari kesulitan
-mengangkat darjat suatu kaum dan merendahkan yang lainnya

Allah sentiasa sibuk kerana ramai hamba-hambaNya yang sedang meminta..
Adakah kita tergolong di dalam ramai-ramai yang meminta itu?
Macammana Allah nak bagi petunjuk kalau kita tak minta pun petunjuk tu?
Allah sentiasa ada untuk kita…Cuma kita yang kadang-kadang ego dan sombong untuk meminta…

Huhuhu…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan