Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Sabtu, 21 Mei 2016

Hobi..?

Aduh..lama betul dah tak menconteng-conteng di sini rupanya...maklumlah, umur sudah makin meningkat...mengadap laptop berjam-jam ni bukan lagi kojo den..hehehe


Nak cerita lah, setelah lama tak bercerita ni... (selama setahun lebih ni asyik cerita dengan diri sendiri ja)

Itu hari, jabatan kami ada buat satu kursus iaitu Pengurusan Stress. jadi korang pun dah boleh agak  lah kan apa sebab aku menyepi dari dunia penulisan sejak setahun lebih ni...kehkehkeh


Al-kisah ada satu aktiviti ni, kena berkenalan dengan pasangan..kalau nombor ganjilnya 1 jadi dia berpasangan dengan nombor genap nombor 2. Dan macam tu lah yang seterusnya...aku pula dapat nombor 10. jadi pasangan aku nombor 9.

Jadi, antara details yang perlu diambil tahu ialah nama, asal, tarikh mula berkhidmat, hobi, dan kalau hari ni tak ada kursus nak buat apa?

ok, semua dapat la aku jawab dengan lancarnya...

Tapi, bila part HOBI tu...
buntu bona eh den...

bukan aku rasa part ni kebudak-budakkan..
tapi bikin sentap weh..huhuhu

Hobi menurut kamus dbp tu ialah kegemaran yang dilakukan semasa waktu lapang...

Hallo...hobi ek?
Dulu kecik-kecik aku suka tiru lukisan komik, baca novel ka cerpen... jawab latihan math... 

Masa di Mesir dulu..inilah kerja aku..menulis di blog..ada masa lapang ka, xda masa lapang pun..hatta waktu exam pun aku menulis juga...ni kira hobi melampau-lampau lah maksudnya..hihi..

Tapi, bila p kursus hari tu..aku rasa bila dengar perkataan HOBI tu aku menyesal tau..sebab tak istiqomah buat hobi yang dulu-dulu..

Menyesal sebab :
Kalau aku terus berlatih meniru lukisan komik, mungkin tangan aku dah tak keras nak melukis dan aku boleh sumbangkan lukisan aku untuk dakwah dan mungkin menjana pendapatan sampingan :)

Kalau aku rajin membaca buku-buku sastera ke hapa..mungkin aku boleh la try hantar hasil karya aku ke mana-mana syarikat penerbitan....

Kalau aku terus buat latihan math tu, mungkin aku boleh apply apa2 pengajian yang berkaitan dengan math..dan aku jadi guru math!heiyah..hehe..atau jadi guru tuisyen je... pun boleh :P

Kalaulah aku terus menulis blog, mungkin aku akan sentiasa rajin membaca dan mencari maklumat baru untuk dimuatkan dalam blog aku ni..atau aku boleh gunakan bahan yang aku tulis untuk aku kongsikan dalam liqa'-liqa' atau di mana saja...

Jadi, bila muhasabah semula...baru aku sedar, dengan ketiadaan hobi ni telah menyebabkan banyaknya pembaziran masa..hilang keistimewaan diri ??? :) mm, macam-macamlah..

Huhuhu..

Aku cuba untuk menulis semula ya! heiyah! Menulis untuk berkongsi..mudah-mudahan untuk meningkatkan iman diri..moga jadi bekal perjalanan seterusnya menemui Illahi :))