Ku Ingin Kembali...

Ku Ingin Kembali...

Isnin, 11 Disember 2017

Apa nak jawab ngan Allah ni...



"Cigu..apa cita-cita cigu sempena tahun 2018 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi ini?"


Tiba-tiba rasa mahu bercita-cita baru untuk cuti hujung tahun 2017 ni..tida paya tunggu tu taun 2018
 "Hehe..cita-cita terbaru saya..mmm..mmm"-
bilang hati : "saya nda mau sudah jadi cigu"
bilang adik (macam dia dengar la apa bilang hati saya) : "kau mau berenti jadi cigu, kau tunggu umur kau 35 tahun sana..kasi abis dulu loan kau yang 9 tahun tu"
mulut aku bilang : "cis ni adik..hahaha"
saya cakap konon kasi dengar bapa..biar kasi terharu tu bapa supaya dia sokong saya : "saya mau jaga kelapa sawit bapa..balai raya yang di siring rumah nanti saya mau buka perpustakaan kampung, ada kelas mengaji juga untuk budak-budak.."
bilang bapa : "bertabahlah"
"ok, tunggu saya pencen la kalau begini..baru tercapai tu cita-cita"
hahaha
terbantut segala cita-cita..

****
ok kita cakap semula guna bahasa melayu baku ya..
 ****
maklumla..cuti bulan 12 tahun lepas..ke mana entah..dua-tiga tahun sebelum ni ke mana entah..huhu..

Oh..sibuk dengan maktab..mmm..asal cuti ke maktab..asal tak cuti ke sekolah..hihi..cabaran betul sampai xsedar umur sudah menjangkau 29..
Haip!baru dua bulan berumur 29 tahun ya..bulan 9 tahun depan baru dikira 30!hahaha 

Sebenarnya semalam..aku belek-belek cerita lama dalam blog aku ni..bila belek-belek..gelak sorang diri..banyak kenangan yang mengusik jiwa..tapi bila masuk part :
Huhu..sibuknya aku dengan dunia rupanya..dulu masuk keja baru umur 25 tahun.. sibuk betul ngan maktab tu..xsedar rupanya dah 29 tahun..apa aku buat dulu ya?takkan masuk maktab ja keja aku? apa dah sumbangan aku terhadap Dakwah & Tarbiyah di bumi sabah..huhu

Bila baru ni aku ber'jumpa' semula dengan akhawat..aku perasan..ciput sangat usaha yang aku laksanakan terhadap amanah yang Allah bagi kat aku berbanding mereka..pimpinan yang mengharap agar 'anak benih' yang diharap bila 'dicampak jadi pulau' ni masih berenang-renang di laut nak bertaut di mana-mana pulau sedia ada..ikut arus..ikut ombak..ikut angin..padahal mereka sedaya upaya sampaikan kepada kita...tapi bila sampai pada kita..malang x tersampai ke generasi seterusnya

Apa nak jawab dengan Allah ni..


Buka buku mutabaah..macam buka buku 555 (buku hutang) ja ..dahsyat...

Apa nak jawab ngan Allah ni...

Jadi..mau biar saja ikut arus?

Bilang Allah :




#kernasyurgabukanpercuma

aiseh..asyik teringat ngan akhawat 'ciaciacia' tu..hehe

Mereka dah pegi jauh..semangat membara nak sampaikan Islam..dah masuk sana sini..kampung tu kampung ni untuk ajar agama..tumpang rumah diorang tu hari pun..solat awal waktu..berjemaah..solat sunat..siang keja..malam ajar ngaji di UMS..ei..bukan ustazah ni..akauntan ba..ramai akauntan..hujung minggu ke Kudat..Sandakan..Tawau sana untuk sebarkan Islam..xada kereta pun..motor pun boleh..asal sampai..sekurang-kurangnya mereka dah ada benda boleh jawab bila Allah tanya..

aku..apa nak jawab ngan Allah ni?


*** 
"Cigu..cigu..cigu belum jawab soalan saya tadi..'cigu sekadar pandang pada saya' itu bukan jawapan.."

Aku sengih..dan sebut semula cita-cita yang pernah aku btau pada Kak Nadia masa di Mesir dulu bila dia tanya :
"Yan..nanti ko balik Sabah..ko nak jadi apa?
"Aku nak jadi Murobbi kak" (Murobbi pada diri sendiri dan juga pada orang lain)

Kali ni cita-cita tertinggi (tapi mungkin teremeh bagi orang lain) aku ialah :
'xnak buku amal aku jadi buku 555 bila mengadap Allah'

Huhu..berat..tapi kena mujahadah juga.. #kernasyurgabukanpercuma




Moga-moga dengan rahmat Allah, Allah izinkan untuk dikumpulkan bersama-sama hambaNya..



#kernasyurgabukanpercuma


Tiada ulasan:

Catat Ulasan